Wednesday 30 May 2012

Jom ke kebun ! strolling around


 JOm jalan tengok apa ada. Inilah rupa pokok kacang panjang yang merayap pada pagar di belakang rumah. Berserabut pokok kacang tu, sampai ada yang melilit dengan pokok kacang yang lain pun ada. Saya baru sekali tabur baja pada pokok. Lambat jugak la tunggu berbuah, hampir 3 bulan jugak baru nampak kelibat buah yang ditunggu-tunggu.
 Kailan pula dah berumur 2 bulan lebih hari sikit ;). Saya pun tak pasti, agak agak dah boleh tuai ke kailan ni. Sebab hati ni meronta-ronta je nak potong kailan tu. Sabar je la, hari sabtu ni boleh cari ikan masin nak masak dengan kailan.
Pada batang kailan ni ada kecacatan kelihatan. Saya tak pasti apa puncanya. Teori awal saya tu bekas daun yang terbentuk sebelum ni telah gugur/layu. Jadi tinggal parut pada batang kailan tu.

Sunday 27 May 2012

Lagi pemberian jiran ! Another gift

Kelmarin saya menerima lagi pemberian dari jirang belakang.Aduh dah malu rasanya, asyik terima je saya ni takde apa yang saya balas lagi kepada jiran saya yang baik hati. Kali ini saya terima 2 anak pokok pisang tanduk. Terima kasih En. Faizal jiran saya yang bekerja di Pejabat Pertanian Sg. Siput Perak.

Bunga kacang panjang dan bendi ! Long bean and okra flower

 Saya baru perasan pokok kacang ni mesti bunga berkembar.
I've noticed long bean have a twin flower.
 Bunga kacang panjang sedang mekar.
Long bean flower blooming.
Nampak tak kacang panjang baru terbentuk sebelah bunga tu.
 There is bean forming next to the flower.
Add caption

Bunga bendi, pertama kali saya lihat dengan lebih dekat dan hasil tangan sendiri. cantikkan. hahaha syok sendiri.

JOm Tuai ! Lets Harvest Roselle

Hasil pertama pokok roselle, akhirnya dapat jugak rasa buah ni. Walau pun tak banyak dapat la satu jag air roselle. Rupanya rasa air roselle ni macam ribena.


Wednesday 23 May 2012

Pendatang Baru ! New addition

 Memperkenalkan pendatang baru di kebuntepitepije, cili purple pemberian dari jiran belakang umah. Nampak daun tu bukan semuanya hijau tapi ada warna 'kepurplelan' kan.
New addition in kebuntepitepije, purple chilli, a gift from neighbour. The leaf thats look like been painted actually is a purplish colour.
.
datang bersama-sama cili ni pulak betik Taiwan. jiran saya kata betik Taiwan ni buahnya lebih kurang macam betik panjang juga. nampaknya saya kena cari lokasi yang sesuai untuk betik ni memandang kan pokok betik jangan ditanam berdekatan dengan rumah kerana tumbesaran akarnya boleh memecahkan simen rumah.

JOm menuai - bendi ! Lets harvest Okra


 Saat yang ditunggu tunggu dah tiba. Untuk pertama kalinya acara menuai sayuran yang sudah mengeluarkan hasil sulung di kebun ini. Tak boleh tunggu lama-lama, geram saya tengok buah bendi tu. Saya tak kira nak petik juga walaupun ada yang belum mencapai pembesaran yang ideal. Akhirnya dapatla petik tiga biji nih. Saya satu, orang umah satu dan tuan putri cilik satu buat ulam, memang enak walaupun saya dapat yang besar tu tapi ia masih lembut tidak berserat.

Sunday 20 May 2012

Salad, keratan, herba, bunga dan kitar semula

 Mangkuk styrofoam menjadi medium semaian salad. Salad ni dah sebesar tapak tangan dan tak boleh diletakkan secara terus pada cahaya matahari, kalau kena sinaran pada waktu siang memang layu la jadinya.
 Pandangan atas salad kelihatan kelopak keempat nak keluar, pertumbuhan salad ni semakin sihat selepas saya taburkan baja tinja ayam seminggu sebelumnya.
 Yang ni baru nak besar, baru panjang jari kelingking orang dewasa, yang ni saya baru tabur baja dalam masa seminggu akan membesar macam gambar kat atas tu.
 Keratan chrysanthemum dalam bekas kitar semula, cawan, botol soda semua boleh digunakan semula sebagai bekas semaian. Percubaan pertama keratan 'mums' nih. takut tak jadi sebab pokok induk semua saya dah kerat. Harap-harap pokok induk akan bertunas semula.
 Sebahagian keratan lagi disemai disini, saya menggunakan serbuk penggalak akar (rooting powder) harap harap menjadi le.
 Pokok temu dicelah-celah pokok keledek, walaupun jarang-jarang diberi perhatian pokok ni memang tahan lasak, tambahan pula sepanjang dua minggu ni jarang hujan dan saya pulak tak siram pun pokok ni. hari ni tadi saya bagi la minum, kesian dah berapa hari kering je.
 Cambahan giant sunflower telah dialih kedalam polibag, tak sabar rasanya nak tengok bila besar nanti.
Cambahan pokok marigold dalam polibag yang baru dialihkan juga, dan yang atas ni pokok cekur yang ditanam menggunakan rizomnya. yang ni pun berada di celah-celah pokok keledek. Rizomnya boleh digunakan untuk buat masakan macam gulai cekur pedas ikan keli, atau pun gulai cekur perut lembu. hahaha bukan apa, cekur ni kuat baunya, jadi mana yang tak tahan bau ikan sungai dan perut lembu boleh gunakan cekur dalam masakan untuk menghilangkan bau hamis ikan atau perut lembu nih.

Thursday 17 May 2012

Hari Ibu

Sempena hari ibu ni saya nak beri pokok stevia yang saya biakkan dari dari keratan. Dah lama ibu saya nakkan pokok stevia ni. Akhirnya bila keratan ni dah mula stabil dan sihat saya nak beri pada ibu tercinta.
Cantik tak, lepas ni nak isi dalam polybag, mesti ibu saya suka.

Perkembangan tanaman sayuran


 Kacang buncis dah berbuah, pendek je lebih kurang 25cm. Pokok ni mula mula dulu teruk diserang serangga, jadi saya tak berapa nak jaga sangat. pokok pun tak berapa tinggi kecik je pulak tu, daun dah berlubang-lubang tapi minggu ni ada keluar bunga dan terus berbuah. Syukur sangat walau tak banyak tapi ada hasil. Post akan datang bila saya tuai pulak.
 Tu bunga bendi, yang sebelah pulak bendi kot. Yang ini pun tak berapa jaga sangat tapi pokok memang sihat cuma ada beberapa ekor lalat buah je merayap kat sini.
 Barisan pokok bendi, ada setengah pokok saya tanam terlalu rapat pulak, sayang pulak nak alihkan sebab poko dah besar, takut jadi layu pulak.
 Barisan kacang panjang bermaharajalela pada pagar belakang rumah. Kat bawah tu ada pokok serai.
 Dalam polybag ni pokok kesum ditanam dengan cara keratan. Saya tak pasti kalau daun berwarna keperangan tu disebabkan apa. Kekurangan zat kot, takpun kena alih atas tanah. Nanti saya eksperimen lagi.
Keratan misai kucing pun dah bertangkai tiga, bila dah bayak tangkai nanti boleh le kerat lagi hehehe

Anak pokok keembung

Projek recycle bersambung lagi, pek susu ni diguna semula sebagai bekas untuk anak-anak pokok di sini. Daripada dibuang begitu je baik diguna semula, jimat duit dari beli polybag kan. Kawasan rumah saya memang luas tapi bila hujan je air bertakung, jadi penyelesaiannya saya tanam dalam bekas dulu lah. Di atas tu pokok keembung, bunga nanti tak pasti warna apa tapi yang pasti kebanyakan yang pernah jumpa semuanya warna merah. Ni nanti akan jadi penyeri di laman ini.

Cambahan semaian

Jom kita tengok apa yang bercambah dalam tray semaian
 Barisan cambahan Giant Sunflower selepas seminggu 3 hari. Dalam semua semaian hanya 1 je tak menjadi.
 Close up Giant Sunflower, haaa nampak dah keluar set daun sebenar, jadi boleh dah di alihkan ke medium yang lebih besar untuk tumbesaran yang sihat. Yang lubang kosong tu saya dah alih awal-awal lagi sebab set daun sebenar dah cukup besar.
 Yang ni pulak cambahan dahlia. Ada 3 cambahan yang menjadi dari 5 semaian. Bila set daun sebenar tu dah besar sikit, boleh la dialihkan ke medium yang sesuai.
 Yang halus ni pulak cuba teka. Ni la petunia, tak tau la berapa lama lagi nak tunggu sampai besar ni.
 Raja segala ulam, ulam raja dah bercambah, lagi seminggu kot boleh alih ni ke singgahsana yang lebih selesa untuk raja ulam nih.
Yang ni agen anti serangga, semua semaian bercambah, cadangnya nak semai lagi banyak tapi benih tak cukup. Ada lima yang bercambah. Ini la marigold, bila besar nanti ni boleh la di alih ke pokok lain sebagai buddy untuk menghalau serangga perosak. Sebab bau bunga dari pokok ni memang serangga tak tahan. Semua benih di atas ni saya dapat dari En. Iskandar dari blog tanamsendiri  . so sesiapa yang berminat nak dapatkan benih yang bernas dan berkualiti boleh la melayari blog tanamsendiri.

Friday 11 May 2012

Pokok stevia berbunga

 Pokok stevia dalam bekas ni sudah mula berbunga untuk kali kedua. Rupa-rupanya untuk mengelakkan daun stevia layu, bunga stevia perlu dipangkas (info daripada En. Iskandar dari blog tanam sendiri). Masa pertama kali berbunga sebelum tu saya biarkan je, habis keseluruhan pokok layu dan saya sangkakan pokok ni dah mati. Saya biarkan sahaja tetapio lepas beberapa hari pokok mula mengeluarkan daun baru, tapi daun baru ni lebih tirus tidak lebar, macam dalam gambar kat atas tu, kan tirus daun tu.
Ni la bunga stevia, kalau dibiarkan sehingga kering boleh dapat benihnya, tapi benih ni terlampau halus, jadi pokok induk stevia ni saya guna keratan sahaja untuk dibiakkan. Posting akan datang saya akan tunjukkan perkembangan keratan stevia yang saya buat.

Thursday 10 May 2012

Sape tau pokok ape ni?


Saya dapat benih ni dari seorang kenalan. Tapi yang bagi benih ni pun tak tau ni pokok ape. Cuma katanya pokok ni berbunga la bukan sayur. Kalau ada sesiapa yang tau tolong ceritakan pokok ape ni.

Perkembangan tanaman keratan (cekur manis)

 Hari pertama keratan, kedua-duanya dicelup dengan serbuk penggalak akar dan disebelah yang 'enterframe' tu keratan pokok ekor kucing.
 Yang ni saya tanam dalam bekas nak tengok perbezaan dengan yang ditanam atas laman.
 Tunas sulung 'telah dilahirkan'
Setelah sebulan daun pun banyak, jadi hidangan pun tersedia untuk tetamu tak diundang, habis 'dikokaknya' daun daun tu.

Perkembangan tanaman Keratan (Roselle)

 Hari pertama keratan. Keratan ni saya potong dari pokok induk dan dicelup dengan serbuk penggalak akar yang biasa.



 Tengok la tu bila pokok tu dah cantik sikit ada je tetamu datang jenguk.
Haa ni dia tetamu tak diundang. Saya tak tau apa nama tetamu ni, tapi yang pasti makin lama makin banyak suku sakatnya datang berkampung.