Thursday 19 July 2012

J0m Tengok Bunga Bunga

Antara bunga bunga yang sedang berkembang minggu ini
Keembung/balsam purple close up

Gambar ni nampak dua warna merah purple.

bunga timun. pokok timun tu tak besar pun lagi, tapi dah berbunga???

ketumbar pandangan sisi. naik tinggi

Bunga ketumbar, halus je.

Putik dahlia bulat dan menunduk.

Sambungan dari gambar atas, dahlia dah berkembang (benih dari tanamsendiri.blogspot )
Daun dahlia yang parah diserang. Sapa boleh bagi cadangan untuk elakkan dari macam ni?

Mengumpul benih













Benih bendi, tunggu buah tua dipokok bila merekah baru saya potong buah. Biasanya benih ni warna kelabu kan.

Nampak tak ada buah pecah tu. Ni pokok bunga petunia. bila dah pecah macam tu boleh kutip.

Bila dah dikumpul banyak juga benih petunia ni. benih baka bercampur, ada pink putih dan purple.
Yang ni pulak marigold kuning dan oren. tu bunga yang dah tua, bila nampak macam ada sesungut nak keluar dari bunga tu boleh le petik. Satu bunga boleh dapat banyak benih tu, boleh semai balik benih ni dapat bunga banyak-banyak.

J0m Tuai ! Keledek

Banyak draf dah terperap lama. 2 minggu outstation pusing seluruh negeri letih wooo. pada sesiapa yang berhajat mencebur dalam bidang perakaunan, fikir-fikir kanlah. kena pulak kalau kita kena buat audit, tu yang letih, paham paham je la orang kan tak suka diaudit. apa pun jum tengok  apa yang saya dapat 3 minggu lepas.
Cabut pokok keledek masa Maghrib tu yang gelap background tu.

Inilah hasil ubi keledek, amacam best tak. Ni pun separuh sedekah kat jiran, tak lalu nak abiskan pon.

Sunday 8 July 2012

jeng jeng jeng bunga matahari

meh tengok bunga matahari jom
yang depan kelopak kecut yang belakang tu kembang elok, apa sebabnya ye..
semai lagi benih giant sunflower
amacam setakat ini je pokok membesar, saya tak pasti kalau pokok ni boleh membesar lagi atau tak. bunga matahari ni kalau dah layu akan berbunga lagi tak? takpe kita tunggu dan lihat. apa pun benih bunga matahari ni boleh di dapati dari http://www.tanamsendiri.com/ macam macam benih ada, semua bernas.

Monday 2 July 2012

Boleh makan ke?

Marigold warna kuning terang-seterang-terangnyeee

Marigold warna oren le sesangat..

Huh dah tobek daun pokok dahlia aku..

Jumpa jugak yang empunya angkara, dah malam baru jumpa, nyah kau dari sini.
Bunga misai kucing pokok dari keratan batang..

Bunga misai kucing lagi..bunga ni boleh makan tak?
Dah lama tak post gambar, sibuk dengan kursus yang tak sudah sudah..dah la 2 minggu lepas kemarau panjang. sian kat pokok-pokok kena tinggal kat panas. Saya ada terbaca bunga marigold boleh dimakan, betul ke? bunga misai kucing ni pun orang kata boleh makan, betul ke?