Monday 23 April 2012

Pemberian dari jiran

Baru baru ni rumah belakang yang masih kosong didatangi tuannya. Dan beliau akan mula masuk rumah tersebut hujung bulan april ni. Kebetulan masa tu saya tengah 'menyangkul', disapa jiran tersebut. Kebetulan katanya beliau pegawai pertanian. Dengan segera beliau beri saya buah tangan. Berikut adalah buah tangan dari jiran baru saya.

 inilah dia beg plastik yang mengandungi barang barang seperti di gambar bawah ni
 Penggembur, sudip dan sudip tiga mata. memang saya takde barang barang ni, Alhamdulillah rezeki.
 Spray serangga organik.
 Jika dilihat dari bahannya organik ke?
 Yang ni pun spray organik juga.
 Organik ke? Tu semua bahasa sains, confirm ni bahan organik, takkan orang pertanian nak tipu kan.
 Haa yang ni bukan organik. Ni baja NPK untuk pokok berbuah.
Yang ni pulak benih kacang panjang, bendi, kangkung, bayam siap dengan risalah panduan menanam lagi.

Semua ni terkandung dalam starter pack yang diberi. Sebenarnya starter pack ni adalah untuk penduduk kampung yang ingin bercucuk tanam dan menjadikan edible garden di kampung kampung. Tapi tiada sambutan dari orang kampung. Kalau ada pun sekerat jalan je. Sebenarnya kerajaan banyak beri bantuan unttuk naiktaraf kehidupan orang kampung, tapi masih ada yang mensia-siakan peluang yang ada. Jiran saya cakap starter pack ni menimbun kat stor pejabat dia. Dari diberi pada orang yang tak de usaha nak berjaya dia beri pada jiran macam saya. Hahaha dari terbiar je kan.

Thursday 12 April 2012

Monolog

Saya bercadang untuk meyiarkan blog ini dalam dwibahasa (Bahasa Melayu & Inggeris). Bukan apa, untuk melatih diri menambah baik penguasaan bahasa inggeris, dan lagipun kalau dalam bahasa inggeris boleh dapat bergaul dengan komuniti berkebun dengan orang luar memandangkan ia adalah bahasa universal. Jika ada salah dan silap dalam penggunaan bahasa inggeris ni nanti harap dapat dimaafkan. Dalam masa yang sama kalau ada sesiapa yang hendak membetulkan penulisan saya ini dipersilakan dan amat dialu-alukan.

I wish to use Malay & English languanges in my writing. Just to improve myself and furthermore i want to blend in with 'outsider'(out of Malaysia) gardener community because English is universal language. In the mean time if my writing grammar or any other my writing is completely wrong please forgive me. If anyone out there do want to correct my writing, please do not hesitate and you are all welcome.

Monday 9 April 2012

Sape tau bunga apa ni..?

Ade sape sape tau bunga ape ni. saya dah try google masih tak jumpa nama bunga ni. Apala tuan punye bunga ni, sendiri beli pun tak tau nama apa. Tentang bunga saya kurang pengetahuan. Saya akan akan mulakan eksperimen (sebenarnya try  and error la tu) cuba buat keratan dan bunga yang gugur tu akan saya kumpulkan, dikeringkan dan akan cuba disemai semula...(betul ke aku buat ni)...

Cambahan kacang buncis dan kacang panjang

Cambahan kacang buncis (batang bewarna merah) dan kacang panjang (batang bewarna hijau) pada tray semaian. Dalam masa 3 hari dah naik dalam sejengkal.
 Cambahan kacang buncis pada tanah tepi pagar. Yang ini pulak kena tunggu seminggu baru dapat sejengkal tingginya.
Barisan kacang panjang menikmati suria pagi. Kacang panjang ni memang cepat bercambah sebab ikut petua En. Iskandar dari blog tanam sendiri (rendam benih dalam air suam). Lepas tu medium tu saya tanam dengan isi ikan. Tak sampai berapa minit, isi ikan yang ditimbus dihurung semut. Berlubang lubang tanah tu dikorek semut. Nasib baik pokok kacang tak mati.

Sunday 8 April 2012

Kerat, kerat ..kerat lagi dan tanam..

 Keratan stevia dah tiga minggu, dah lentok sikit pokok ni.
 Dua batang cekur manis dan satu ekor kucing..baru tanam dua hari lepas.
 Dua keratan  ekor kucing dalam bekas kitar semula (kotak air susu dan pek susu anak 1kg sayang nak buang)
 Keratan pokok misai kucing. Bertunaslah untuk masa depanmu wahai pokok.
 Misai kucing lagi dalam bekas kotak air kitar semula. Tepi tu semaian pokok cili pun nak enterframe hehe
keratan roselle dengan harapan akan membesar menjadi pokok yang baik dan berbudi kepada penyemainya ;)

Cerita Bendi


 Selepas hampir seminggu benih bendi disemai. Agak lambat bertunas mungkin medium kurang subur.
 Selepas 2 minggu dari disemai. Nampak sihat je kan.
 Barisan bendi bendi ku beratur satu kumpulan tiga orang hehehe..
Lepas ni boleh asingkan pokok kan. Supaya tidak berebut nutrien sesama sendiri.

Roselle dihurung semut

 Pokok ini antara yg terawal bermastautin di rumah saya. Dah sebulan pokok ni tapi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk membesar.

 Tengok la tu, seronoknya semut semut ni bermaharajalela. Saya belek belek juga, tapi saya tak pasti apa sebenarnya semut ni buat. Macam mana cara untuk halau semut ni. Kalau guna racun serangga bak kata En. Iskandar dari Tanamsendiri tak berbaloi, sebab kita bercucuk tanam untuk kepuasan tanpa bantuan bahan kimia.
Jadi untuk mengelakkan kehilangan pokok induk saya pun buat keratan sebagai langkah berjaga-jaga. Takut pokok induk tadi mati takde la spare pokok. Masih menunggu progress keratan roselle ni.

Saturday 7 April 2012

Kangkung, kompos, eh.. kangkung ke tu?




Berjaya pun tanam kangkung. kangkung ni naik cepat betul..mana taknya hampir setiap hari bila petang je hujan. Tempat kompos pun ada, rumput yang dipotong saya tak buang tapi saya buat pile di sudut tepi rumah. Tapi yang peliknya ada satu pokok terjulur dari situ..eh .. kangkung ke tu? Jiran saya cakap tu kangkung, tapi saya was was pulak..jadi saya biarkan je. takut nak makan. yele kot beracun ke..ish..Kalau betul boleh makan dah lama kena rembat buat tumis belacan.

Cerita Stevia






Saya membeli anak pokok stevia ni di pasar FAMA berdekatan tempat tinggal saya. Pada gambar kedua tu sebenarnya pokok ni dah berbunga, (orang kata bila dah berbunga stevia akan layu) tak pasti pulak saya. Jadi saya pun cepat-cepat buat keratan. Ada dalam 4 keratan saya buat dan saya tanam dalam pasu (gambar 3). Tapi lepas seminggu saya dapati pokok stevia yang disangkakan telah mati mengeluarkan daun yang banyak. Kebingungan saya dibuatnya. Walau apa pun saya bersyukur pokok ini masih hidup. Pada gambar terakhir tu tinggal 2 keratan sahaja yang menjadi. Pada blogger yang lain agak-agaknya kenapa stevia tu layu ye??

Mula Berkebun


Akhirnya tercapai jugak hasrat untuk berkebun. Ada la sikit ruang belakang rumah.Punya la banyak hasil 'batu' yang saya dapat. Cangkul-cangkul dapat batu..cangkul lagi batu..batu batu dan batu...hahaha. gambar ini di ambil pada Januari lepas.Baru ini saya nak post dalam blog ni untuk pertama kalinya...Maaf jika blog ini tidak berapa menarik..maklumla tak berapa pandai nak blogging, hanya tau yang basic je...

English Version
I'm trying my best making it english version. Please do correct me if i'm wrong for the translation.

Finally i got the chance to be a gardener (at my backyard garden actually). there is little a space around the compound, so i started from the back of the house and literally i harvested huge amount of 'mineral'(its concrete n asbestos). This photo taken in January, this is my first post for this blog. And the blog is really basic pardon for the broken english language.