Sunday 18 November 2012

Bunga-bunga di musim hujan

November ni hampir setiap petang hujan je. Kalau tak lebat renyai, kalau tak renyai pun rintik je, kalau tak hujan pun awan mendung berarak lalu. Yang penting bila musim hujan ni tak payah risau nak siram pokok pada pagi keesokannya sebab petang dan sebelumnya hujan dah membasahi tanaman. Kalau orang putih dok tayang bunga musim bunga atau panas saya tayang bunga musim hujan, jom layan...

Sedapnyeeee dapat buat air biruuuu

Add caption


ingat lagi tak pokok apa ni??



Bila besar jadi macam ni


Ni la bunga Bauhinia

Balung Ayam



Balsam/keembung

Halooo banyak tak ekor sayaaaa

japanese Rose macam-macam kalerr

Saja nak enterframe, bunga daripada fruit basket gift, nak biar layu boleh ambik benih. boleh ke?

Sunday 4 November 2012

Cambahan yang baru mengenal dunia

2 minggu lepas banyak cambahan baru telah dikerjakan kucing, habis semua cambahan digodek kucing :( lepas tu semai batch baru, yela kena pulak asyik hujan je, jadi semai dalam tray je dan letak tempat teduh. jadi minggu ni dah nampak cambahan yang baru mengenal dunia :)

Zinnia Persian Carpet

Cosmos mix sensation baru satu je keluar

Purple Vienna Kohlrabi

Alamak yang ni apa ke namanya....Rainbow Chard

Butter Bean dalam masa seminggu cambah

Red Romaine Letuce


Lemon Basil comel je, sebelah tu kailan

Burgundy bean semai je atas tanah, hari hari kena hujan 3 hari dah keluar tunas


Thursday 1 November 2012

Pokok-pokok yang membesar

Ingat lagi masa mula-mula tanam pokok, diantaranya ada yang ditanam dengan keratan dan ada yang asal dari benih, haaa ni gambar sebelum dan selepas..enjoyy

Pokok ekor kucing asal dari keratan
masih lagi dalam bekas semaian, sambil tu daun pun dah kena ratah.

bila di alihkan keatas tanah mula mengeluarkan cabang dahan dan semakin membesar.
Saya tak pasti pokok apa tapi ada yang bagitau saya ni Bauhinia atau orang panggil pokok bunga Taiwan
Dari biji benih, pokok membesar dan daunnya sebesar tangan, dah ada putik bunga keluar, tak sabarnya

Saya rasa pokok bauhinia ni boleh naik tinggi lagi ni, dah nak hampir sama dengan bunga matahari