Saturday 7 April 2012

Cerita Stevia






Saya membeli anak pokok stevia ni di pasar FAMA berdekatan tempat tinggal saya. Pada gambar kedua tu sebenarnya pokok ni dah berbunga, (orang kata bila dah berbunga stevia akan layu) tak pasti pulak saya. Jadi saya pun cepat-cepat buat keratan. Ada dalam 4 keratan saya buat dan saya tanam dalam pasu (gambar 3). Tapi lepas seminggu saya dapati pokok stevia yang disangkakan telah mati mengeluarkan daun yang banyak. Kebingungan saya dibuatnya. Walau apa pun saya bersyukur pokok ini masih hidup. Pada gambar terakhir tu tinggal 2 keratan sahaja yang menjadi. Pada blogger yang lain agak-agaknya kenapa stevia tu layu ye??

3 comments:

  1. Yg saya pernah diberitahu:
    1. kesesuaian tanah jenis poros, kira siram x takung air. ni makna kena make sure tiap hari siram secukupnya
    2. bila berbunga, tu utk benih, masa ni daun akan mengecil
    3. bila dibuang bunga, pokok kembali 'segar' dan daun menjadi besar spt sblm berbunga

    secara peribadi, saya rasa semaian gunakan keratan lbh mudah berbanding biji benih dpd bunga. Kaedah terbaik nak buat semaian dgn keratan, kena tanya sifu en Is, saya blm pernah cuba lg

    ReplyDelete
  2. Saya tanam stevia juga dulu.. Stevia, air nak banyak tapi x boleh bertakung.. Bila keluar bunga, kena buang bunga tu.. Kalau x buang, nanti pokok jadi tua..

    Stevia juga memerlukan cahaya matahari yang banyak tetapi x boleh 'direct'.. Pada waktu pagi, dedahkan pada cahaya matahari pagi..

    Kalau nak semai stevia, cari batang yang tua sikit, kemudian celup sedikit dengan penggalak akar, cucuk pada peat moss.. Lepas akar dah tumbuh, alihkan medium tanaman.. Medium yang sesuai (saya praktikkan) ialah sabut kelapa bercampur tanah hitam yang mempunyai sedikit tanah liat untuk tujuan penyimpanan air..

    Boleh tanya tuan Iskandar untuk petua yang lain :)..

    ReplyDelete
  3. baguznet,Sir Syahmi
    terima kasih dgn info saudara. perlu guna medium semaian yg poros..nanti bila pokok induk tu tinggi sikit saya akan buat keratan lagi.

    ReplyDelete