Showing posts with label stevia. Show all posts
Showing posts with label stevia. Show all posts

Thursday, 17 May 2012

Hari Ibu

Sempena hari ibu ni saya nak beri pokok stevia yang saya biakkan dari dari keratan. Dah lama ibu saya nakkan pokok stevia ni. Akhirnya bila keratan ni dah mula stabil dan sihat saya nak beri pada ibu tercinta.
Cantik tak, lepas ni nak isi dalam polybag, mesti ibu saya suka.

Friday, 11 May 2012

Pokok stevia berbunga

 Pokok stevia dalam bekas ni sudah mula berbunga untuk kali kedua. Rupa-rupanya untuk mengelakkan daun stevia layu, bunga stevia perlu dipangkas (info daripada En. Iskandar dari blog tanam sendiri). Masa pertama kali berbunga sebelum tu saya biarkan je, habis keseluruhan pokok layu dan saya sangkakan pokok ni dah mati. Saya biarkan sahaja tetapio lepas beberapa hari pokok mula mengeluarkan daun baru, tapi daun baru ni lebih tirus tidak lebar, macam dalam gambar kat atas tu, kan tirus daun tu.
Ni la bunga stevia, kalau dibiarkan sehingga kering boleh dapat benihnya, tapi benih ni terlampau halus, jadi pokok induk stevia ni saya guna keratan sahaja untuk dibiakkan. Posting akan datang saya akan tunjukkan perkembangan keratan stevia yang saya buat.

Saturday, 7 April 2012

Cerita Stevia






Saya membeli anak pokok stevia ni di pasar FAMA berdekatan tempat tinggal saya. Pada gambar kedua tu sebenarnya pokok ni dah berbunga, (orang kata bila dah berbunga stevia akan layu) tak pasti pulak saya. Jadi saya pun cepat-cepat buat keratan. Ada dalam 4 keratan saya buat dan saya tanam dalam pasu (gambar 3). Tapi lepas seminggu saya dapati pokok stevia yang disangkakan telah mati mengeluarkan daun yang banyak. Kebingungan saya dibuatnya. Walau apa pun saya bersyukur pokok ini masih hidup. Pada gambar terakhir tu tinggal 2 keratan sahaja yang menjadi. Pada blogger yang lain agak-agaknya kenapa stevia tu layu ye??