Wednesday 6 June 2012

JOm Teka Pokok Apa Ni ?

Yang ni umurnya baru 2 bulan, macam lalang je huh..

Yang ni pun 2 bulan jugak tapi baru besar ni.

haaa ni baru seminggu usianya. baru keluar set daun sebenar yang kat tengah tu.
Yang pasti ketiga-tiga pokok ni adalah pokok hiasan berbunga baka tempatan. Tu la hari tu beli tak label benih tu, kononnya boleh ingat nama semua benih yang dibeli. Tapi bila macam ni membuatkan saya lebih teruja nak tau macam mana perkembangan pokok ni. Kalau ada sesiapa yang tau boleh la teka pokok apa ni.

17 comments:

  1. Nak teka tapi satu pun tak tahu.. Huhuh.. kena banyak membaca lagi lepas ni nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sebabnya, sebab saya sendiri tak tahu, dah google pun tak dapat jawapan lagi hehe

      Delete
  2. Ha ha haaa... pokok yg last tu mcm ikut bentuk arial tv style lama :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaah memang iye, macam arial tv cuma kecik je ;)

      Delete
    2. CARDINAL VINE ;) bunga berbentuk macam trumpet warna merah menjalar.

      Delete
  3. As salam tuan,
    pokok yg plg atas nmpk mcm pkk bawang je tp pastinya bkn. Pkk malong? Atau drp spesis lily? Yg kedua tu nmpk gaya mcm pkk Bignonia Magnifica atau Trumpet Creeper. Yg ketiga tu pulak sekali pandang nmpk mcm pkk hiasan klasik. Org tnm dan biarkn ia memanjat tiang atau pagar. Ada bunga warna merah berbentuk corong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yang ketiga tu memanjat rupanya, lepas ni pagar rumah jadi mangsa pokok le hehe..

      Delete
  4. Yang last rasanya nama Cardinal Vine. Saya pernah tanam di Tanah Merah, dan bunga dia pun merah jugak! Masa kecik2 dulu pokok ni tumbuh merata-rata, betul macam Adry@Daun kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak... Bangchik and Kakdah singgah dan komen blog saya yang tak seberapa ni, terima kasih sudi singgah. saya google tadi cardinal vine, cantiklah saya belum pernah tengok lagi bunga ni. Habis la pagar rumah saya penuh dengan pokok jer.

      Delete
  5. mat..tu kalau bungajalar tu menjadi cantik,jgn lupa hulur benih kat lynn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la, tadi google tengok bunga cantik, insyaAllah memang niat nak kumpul benih bila ada pokok yang menjadi nanti ;)

      Delete
  6. Halamak. New gardener macam saya ni, satu pun tak tau. Tapi bila sebut pokok hiasan klasik bunga merah corong tu.. terus saya flashback pokok yang ibu saudara saya bela semasa saya tadika dulu. Cantik, saya suka pokok ni. Bunganya kecil, berwarna vermilion red dan tiada bau. Saya pun harap jadilah juga, excited nak bernostalgia ni. Mat Jon dapat dari mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. benih ni pun dapat dari seorang teman berbangsa tionghua yang mengusahakan nursery kecil disini. memang rare nak dapat benih macam ni. nanti bila saya jumpa dia saya tanya lagi stok benih-benih 'nostalgia'.

      Delete
  7. salam tuan,

    saya cuma cam yang tengah shj.. bauhinia spp.. :)
    atau bunga tapak kuda.. tapi tak pasti jenis menjalar atau pokok.. mungkin yang itu jenis pokok

    ReplyDelete
    Replies
    1. bauhinia...hmmm nanti saya google..masa saya dapat benih tu, kawan saya cakap ada bunga, takpe kita tunggu je, surprise

      Delete
  8. How to get to Slotty by Bus from Mohegan Sun (NJ) - KTNV
    Find your nearest slotty station in 제천 출장마사지 the 충주 출장샵 area and browse reviews 평택 출장샵 of all of 삼척 출장샵 the 강릉 출장안마 kiosks and garages.

    ReplyDelete