Showing posts with label flower. Show all posts
Showing posts with label flower. Show all posts

Sunday, 21 October 2012

Weekly roundup

hai macam-macam benda nak buat bila tiba hujung minggu, bila la nak berkebun nih..(alasan je, nak ngelat la tu).. so bila ada masa terluang nih, jenguk jenguk le apa yang perlu buat. mostly tabur baja dan buat 'medical check up'  kat pokok-pokok hehee.
kalau keluar berkebun di temani dengan si kecil ni la, asyik nak siram pokok je kejenya.

adoiii..cambahan nasturtium kena cantas dengan siput..dah la satu ni je yang bercambah..eiii geram aku.

bunga matahari berusia 3 minggu yang kurang penjagaan. benih ni disemai semula dari benih bunga matahari yang dikumpul sebelumnya, kira generasi kedua la ni.

Ekor kucing, cats tail..macam ekor kucing ke?

Keembong/balsam cambahan baru. harap-harap mekar lah dikau di musim hujan ni.

Saya lupa nak tagging, ni sayur apa ya??(tu la eksen tak nak tag)

Yang ni tau, banana capsicum dan cili kulai...

Petola ular, mengancam kan, sebelah tu petola ular baru nak bercambah

haaa,,ni la tunas purple kohlrabi..tak sabarnya nak pindah atas tanah.

Yang dok sorang-sorang ni agaknya red romaine (lupa pasal tak tag)

Haaa cosmos, eh bukan ni la ulam raja berbunga pink.

Ni je la dapat dikutip, buat air penghilang dahaga lepas penat berkebun hehe

Aktiviti terkahir hari minggu..emmmm buat tapai. caranya senang je sediakan 1kg beras pulut dengan sebiji ragi, bukan jenis ragi yang besar tau, yang kecil molek je. dah masak pulut tunggu sejuk kikis ragi tu rata kat pulut tu. gaul simpan 2 hari(jangan letak dalam fridge pulak). lepas 2 hari boleh makan, haa nak simpan dalam fridge pon bole, lagi sejuk lagi sedap.

Thursday, 19 July 2012

J0m Tengok Bunga Bunga

Antara bunga bunga yang sedang berkembang minggu ini
Keembung/balsam purple close up

Gambar ni nampak dua warna merah purple.

bunga timun. pokok timun tu tak besar pun lagi, tapi dah berbunga???

ketumbar pandangan sisi. naik tinggi

Bunga ketumbar, halus je.

Putik dahlia bulat dan menunduk.

Sambungan dari gambar atas, dahlia dah berkembang (benih dari tanamsendiri.blogspot )
Daun dahlia yang parah diserang. Sapa boleh bagi cadangan untuk elakkan dari macam ni?

Wednesday, 6 June 2012

JOm Teka Pokok Apa Ni ?

Yang ni umurnya baru 2 bulan, macam lalang je huh..

Yang ni pun 2 bulan jugak tapi baru besar ni.

haaa ni baru seminggu usianya. baru keluar set daun sebenar yang kat tengah tu.
Yang pasti ketiga-tiga pokok ni adalah pokok hiasan berbunga baka tempatan. Tu la hari tu beli tak label benih tu, kononnya boleh ingat nama semua benih yang dibeli. Tapi bila macam ni membuatkan saya lebih teruja nak tau macam mana perkembangan pokok ni. Kalau ada sesiapa yang tau boleh la teka pokok apa ni.

Thursday, 10 May 2012

Perkembangan tanaman keratan (ekor kucing)

Berikut adalah perkembangan pertumbuhan dari keratan batang pokok ekor kucing dalam tempoh sebulan
 Hari pertama keratan.



Setelah sebulan dan dialih kedalam bekas yang lebih besar. Daun semakin lebar dan besar dan bunga pun sudah menunjukkan perkembangan macam ekor kucing baru nak tumbuh ;)

Monday, 9 April 2012

Sape tau bunga apa ni..?

Ade sape sape tau bunga ape ni. saya dah try google masih tak jumpa nama bunga ni. Apala tuan punye bunga ni, sendiri beli pun tak tau nama apa. Tentang bunga saya kurang pengetahuan. Saya akan akan mulakan eksperimen (sebenarnya try  and error la tu) cuba buat keratan dan bunga yang gugur tu akan saya kumpulkan, dikeringkan dan akan cuba disemai semula...(betul ke aku buat ni)...