Sunday, 4 November 2012

Cambahan yang baru mengenal dunia

2 minggu lepas banyak cambahan baru telah dikerjakan kucing, habis semua cambahan digodek kucing :( lepas tu semai batch baru, yela kena pulak asyik hujan je, jadi semai dalam tray je dan letak tempat teduh. jadi minggu ni dah nampak cambahan yang baru mengenal dunia :)

Zinnia Persian Carpet

Cosmos mix sensation baru satu je keluar

Purple Vienna Kohlrabi

Alamak yang ni apa ke namanya....Rainbow Chard

Butter Bean dalam masa seminggu cambah

Red Romaine Letuce


Lemon Basil comel je, sebelah tu kailan

Burgundy bean semai je atas tanah, hari hari kena hujan 3 hari dah keluar tunas


24 comments:

  1. Wah..byk anak pokok tu..sya suka pokok cosmos tu mat jon.mna nk cri benih dia ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cosmos tu biasa kat supermarket kat section DIY tu ada jual, tapi yang ni saya beli dari Diana blog Kebun Bahagia Bersama

      Delete
  2. salam mat jon,
    bunga mata hari tak semai ke.
    berapa lama untuk bercamba Red Romaine Letuce tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga matahari ada semai dah naik nak berbunga dah,tunggu post akan datang. seminggu jugak la red lettuce tu bercambah.

      Delete
  3. Zinnia tu mesti cantik..nanti bolehla simpan benihnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah semestinya bila tanam pokok apa pun benih akan dikumpul

      Delete
  4. wah... banyak nya anak... saya punya semaian masa musim hujan ni tak menjadi pula... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dalam tray ni dok tempat teduh tak kena hujan, kena tempias je. tapi ada jugak semai atas tanah, habis anak pokok kena hujan terbaring cium tanah :(

      Delete
  5. wahh cantik naik anak benih. awesome! pakai tanah campur ke? kenapa ada nampak macam pellet tahi ayam tu? saya pakai tanah kompos buatan sendiri je. tapi memang berani mati la...terlebih air sikit, tanah jadi masam, anak benih mati, dengan tuan2 dia muka masam sekali ahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! tanah campur 2 in 1 jenama Bagus, saya pon tak pasti kandungannya. saya pon ada buat kompos juga tapi tak berani nak buat medium semaian, cuma kompos guna untuk gaul dengan tanah pada batas dan lapis atas kompos tu diletak tanah campur atau tanah biasa pon boleh.

      Delete
    2. pellet tinja ayam tu saja letak sebagai booster supaya set daun kedua keluar lebih cepat..

      Delete
    3. ada jugak try hari tu letak kompos ayam kat tanah semaian tapi anak benih semua melecur. terkejut kot. yelah macam budak kecik baru lahir kita hulur tomyam cili padi, mau tak terkejut. hehe. tapi kalau xde masalah then okay la :D

      Delete
  6. Ohhh nampak macam biji benih rainbow chard or beetroot yang nampak sama.
    Lepas ni penuh laman rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rainbow chard tu tukang kebun :)

      Delete
  7. wah banyak semaian en. mat jon...lepas ni meriah la kwasan rumah tu berwarna warni.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna warni, bunga kat laman rumah tak banyak lagi ni, akan datang tungguuu

      Delete
  8. seronoknya tengok anak pokok tu , part "baru mengenal dunia" tu tak tahan , gelihati bunyinya sentimental sungguh hu hu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...macam anak-anak baru nak membesar baru nak mengenal erti kehidupan..huhu sentimental lagi

      Delete
  9. Hehe Butter Bean dan Royal Burgundy saya memang terbaring sikit di atas tanah. Rainbow chard saya tinggal sepokok je, beetroot tengah naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaring takpe, jangan tersungkur sudah hehe.. rainbow chard tu pon risau juga ni 2nd batch saya semai harap-harap menjadi la

      Delete
  10. Part yg plg seronok bila semai biji benih ni ialah waktu mula2 bercambah. Waktu dpt rasa satu kejayaan tp part yg tak best, waktu kita alihkan anak2 pokok tu sbb bkn semuanya hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok orang lain yang buat nampak macam senang je, bila sendiri buat fuhhh kalau dari 5 mesti 1 je hidup

      Delete
  11. aaa...saya kena sistematik macam mat jon la nampaknya... ni main hentam je tanam entah-entah anak pokok dicabut sebab ingat rumput.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan pe, kalau semai dalam tray boleh ubah-ubah tempat nak tempat teduh ke panas pagi je ke elak dari hujan lebat ke, lepas tu boleh jimat benih satu lubang satu benih.

      Delete