Thursday 1 November 2012

Pokok-pokok yang membesar

Ingat lagi masa mula-mula tanam pokok, diantaranya ada yang ditanam dengan keratan dan ada yang asal dari benih, haaa ni gambar sebelum dan selepas..enjoyy

Pokok ekor kucing asal dari keratan
masih lagi dalam bekas semaian, sambil tu daun pun dah kena ratah.

bila di alihkan keatas tanah mula mengeluarkan cabang dahan dan semakin membesar.
Saya tak pasti pokok apa tapi ada yang bagitau saya ni Bauhinia atau orang panggil pokok bunga Taiwan
Dari biji benih, pokok membesar dan daunnya sebesar tangan, dah ada putik bunga keluar, tak sabarnya

Saya rasa pokok bauhinia ni boleh naik tinggi lagi ni, dah nak hampir sama dengan bunga matahari

12 comments:

  1. bauhinia tu mcm menarik jer, mana dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dapat dari penjaga nursery di sini..saya pon tak ingat macam mana rupa bentuk benih tu. nanti saya beli lagi benih ni.

      Delete
  2. Bauhinia tu bunga ketup ketup ke? Kalau yang tru saya pernah tanam anak pokok dia, tapi saya tak jaga masa tu :-(
    Meriahnya rupa bunga cosmos tu, yang vibrant orange ye? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga ketup tu macam mana? kalau bauhinia ni tak tau la pulak saya sama ke dengan bunga ketup. kalau ikutkan saya tak jaga sangat pokok ni, tapi bila dah besar macam ni, kena la juga jaga. Vibrant orange tu teruk kena hujan lebat.

      Delete
  3. Salam mat jon,
    Cantiklah bunga ekor kucing tu.Pokok ni tanam dari benih ke atau keratan batang, rasanya benih bunga ni macam benih sawikan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tanam dari keratan. betul kak, benih nya macam sawi, baru nak kumpulkan cuma takda masa, tiap-tiap hari hujan, bunga yang dag tua tak sempat nak kering.

      Delete
  4. Salam,

    Pokok bauhinia @ kami panggil pokok daun tapak kaki unta banyak ditanam ditepi jalan oleh DBKL.. Pokok ni boleh mencapai tinggi tiang telefon.. Ni jenis pokok besar yang ditanam oleh DBKL untuk memberi teduhan..

    Adakah biji benihnya seperti kacang parang? Jika ya, itulah pokoknya.. Buahnya seperti buah petai..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. saya dah agak pokok ni mesti besar sebab daunnya besar lain macam. tak ingat pulak benihnya macam mana, nampak gaya kena ubah tempat la pokok ni cari ruang yang lebih selesa terima kasih Sir Syahmi.

      Delete
    2. Mat Jon, kalau nak benih pokok ni bagi alamat.. Pokok ni depan rumah banyak je benih.. Nanti saya poskan.. :)

      Delete
  5. Meow Meow ekor pokok tu comellah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe geli la main ekor pokok kucing tu hehe :)

      Delete