Sunday, 8 April 2012

Roselle dihurung semut

 Pokok ini antara yg terawal bermastautin di rumah saya. Dah sebulan pokok ni tapi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk membesar.

 Tengok la tu, seronoknya semut semut ni bermaharajalela. Saya belek belek juga, tapi saya tak pasti apa sebenarnya semut ni buat. Macam mana cara untuk halau semut ni. Kalau guna racun serangga bak kata En. Iskandar dari Tanamsendiri tak berbaloi, sebab kita bercucuk tanam untuk kepuasan tanpa bantuan bahan kimia.
Jadi untuk mengelakkan kehilangan pokok induk saya pun buat keratan sebagai langkah berjaga-jaga. Takut pokok induk tadi mati takde la spare pokok. Masih menunggu progress keratan roselle ni.

2 comments:

  1. wah.. bila tengok picture ni saya yakin pokok yang tengah membesar kat laman saya tu roselle.. sebab saya semai bersama2 bendi.. kemudian masa alihkan dah bercampur.. dah confuse mana bendi. mana roselle. roselle ni daun lebih lebat dr bendi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, daun roselle dgn bendi memang seakan-akan. Cuma beza pada batang roselle lebih kemerahan.

      Delete