Wednesday 10 October 2012

Setelah Dua Bulan Terbiar.....

Inilah bab paling sedih dalam diari hidup tukang kebun. Berjauhan dari rumah mebuat kan diri gelisah mengenangkan tanaman yang tidak dapat diuruskan. kalau kerja tu, asyik teringat je kat laman rumah kat pokok-pokok yang tak bersiram, tak berbaja. Bila hari tu taerlalu terik mula terfikir macam mana dengan pokok tak bersiram dalam cuaca panas. semuanya serba tak kena lah.

Sedar sedar dah ada cambahan baru tumbuh dari benih yang gugur dari pokok asal. Di atas tu cambahan giant sunflower dan vibrant orange cosmos

Semaian 2 minggu lepas (sempat semai tu bila dapat balik rumah) Lemon Basil

Vibrant Orange Cosmos dilanda hujan lebat

Cambahan Nasturtium dari 3 biji benih yang disemai

Giant sunflowerrrrrr

Spinach dari semaian hujung bulan Ramadhan sampai la ni bertahan

He he he.. Gladiolus menunjukkan perkembangan sihat.

Tomato macam nak tak nak je hidup.

Dah berbunga ulam raja. Dah kering boleh kutip benih

Haaaa ni pun semaian hujung bulan Ramadhan sampai sekarang bertahan. tak ingat la ni kobis ape..hmmmm

Pokok cili padi yang senget ada sebiji je buah tu.
Demikian sudah setelah dua bulan terbiar termasuk cambahan yang tumbuh selepas disemai 2 minggu lepas

14 comments:

  1. ya... itu kobis... gemuk nya... suka saya tengok... sebab saya suka kobis... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..suka tak. suka tak... cuma kobis ni tak leh kena panas sangat. kalau panas sangat layu

      Delete
  2. Assalammualaikum mat jon,
    eee lamanya kebun amatur ni terbiar.
    Saya suka pokok kubis dalam pasu tu, cantik macam susunan kuntum mawar.
    Benih dapat dari mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli di kedai berhampiran je.. mula2 tak percaya boleh tumbuh kobis kat tempat panas macam tempat saya. tapi bila dah cuba nihhh wahhh best.

      Delete
  3. tak apa, pelan2 start balik, musim hujan ni sgt baik utk mula menanam..(tapi dlm pada x kisah tu ada gak yg cambah, kira hebat la tuh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. beratnyaaa hati niiiiii....takpe pelan2 kayuh ye Lynn..emmm..tungguuu

      Delete
  4. teruja juga ni tengok kobis tu. semaian benih kobis yang saya beli dari pasaraya juga dah bercambah, belum keluar set daun sebenar. nampaknya tak boleh kena cahaya terik sangat ye. bagus bagus..teruskan usaha murni anda Mat Jon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena cahaya terik memang layu dah tu tak maunye daun tu kudup macam kat atas tu

      Delete
  5. Welcome back Mat Jon! :-)

    Kalau ambil gambar jarak dekat kobis tu, boleh jadi art. Memang tabik tang kobis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke boleh ke.. pakai pon camera hp jew..kali pertama tanam kobis nih, turnout membanggakan tuannye heheh :P

      Delete
  6. Welcome Back.
    Tuan tak de banyak juga tanaman hidup bahagia. Hebat.
    Wah cantik kubis tu...saya punya selalu banyak peminat buat lubang-lubang:p.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kobis tu ada tiga sebenarnya, saya tunjuk dua je, lagi satu berlubang lubang, segan nak tunjuk :p

      Delete
  7. lama tu dua bulan. Sekarang kalau nak tinggal rumah lama-lama mesti risaukan tanaman. Macam selalu dalam drama, orang tua nak balik kampung sebab risau ayam itik. Ni kita nak balik bandar teringatkan pokok-pokok. Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, dah jadi macam anak kesayangan tanaman kita nih

      Delete