Monday, 29 October 2012

Hasil..dan lain cerita

Hari ni ada lagi rezeki hasil dari tanaman sendiri, gambaran hati seorang yang bertananam sendiri ni hanya dapat dinikmati orang yang bercucuk tanam. kepuasan bila dapat hasil kan.. tak nak celoteh panjang jom tengok gambar cuci mata ;)
Kobis daun sebesar tapak tangan (alahai gamabar tangan getor)

ni la hasil kobis daun, kobis ni dapat cahaya matahari pagi je, tu yang daun tertutup sendiri, kalau letak tempat panas tak maunya daun tertutup.

pokok cili kulai king, dah berbunga lebat dan rimbun

berapa lama mau tunggu ini Ong King besar, 1 bulan ka, 3 minggu ka, wait n seeee

Anak pokok petola ular yang dah dialih ke tanah dari tray semaian, kira dah 2 minggu ni atas tanah. so far sihat je.

timun jepun pon seusia dengan petola tadi, so far pon ok jerr

Kobis daun ni tanam atas tanah, pagi petang kena cahaya, tu sebab daun tak tertutup tu, kembang je manjang

Gladioli, emmmm yang tengah tu kenapa daunnya jadi camtu, normal ke? sesapa yang ada tanam gladioli ada jadi camni tak??

Siap buat patch untuk tanaman herba, tengah fikir apa yang sesuai, sebab tempat ni dapat cahaya sampai kol 10 je, pastu redup sampai petang, pokok yang tinggi sekali tu pokok temu, sebelahnya kesum nak tak nak je hidup, sebelah lagi cekur yang memang kuat bau aromanya.

20 comments:

  1. Salam mat jon... kalau kobis tuh tanam tengah panas memang tak tertutup yerr? ..saya tanam didalam greenhouse..kira 60% jgklah cahaya masuk..tp cuaca memang panas..baru sy sedar yg sy tanam dlm greenhouse eklihatan tertutp..yg sy tanam kat luar plak mmg lebih kurang cam mat punyer...kalau tanam atas tanah pun tak sesuai jugak yerr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam atas tanah lagi sesuai lagi cepat besar, tapi kena cahaya pagi je le. kalau nak tutup juga kena ajar pokok tu dengan ikat keliling daun, (itu tauke kebun kat sini yang bagitau la)

      Delete
  2. kalau patch redup tu... tanam kangkung atau selom la... kaduk pun ok... diorg ni ok je kalau tempat redup-redup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah idea yang bernas, tapi kangkung ni makan ruang banyak ;)

      Delete
  3. Salam mat jon.singgah dri blog tangan panas2 sejuk..mcm kobis cameron dah tu ha..:) sya folo blog mat jon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya salam hitomi lavender,terima kasih sudi singgah, lepas ni boleh kongsi pengalaman :)

      Delete
  4. Salam,

    Jeles betul tgk kobis tu..ada tips ke nak menyemai kobis ni?saya semai dah 5-6 kali tak pernahnya nak tumbuh..sama jugak dgn salad..sob sob :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde tips, cuma saya tabur je semai benih kobis, banyak jugak la dalam 5 biji benih satu bekas.bila bercambah semua tu tengok mana paling sihat dibiarkan yang lain buang, kalau sayang nak buang tanam je kat bekat atau atas tanah. kalau salad memang susah sikit, saya pun baru berjaya sekali je, tapi kalau boleh masa semai tu semai banyak sikit benih.

      Delete
  5. kobis tu cantik buat tanaman hiasan, teringin gak nk tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak buat hiasan dah kena belasah (makan)..:)

      Delete
  6. salam..hidup kobis dia..suka akak tengok. benih beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak.. saya tak ingat jenama apa kena tengok balik, tapi pek benih tu warna biru tapi yang pasti bukan jenama 'serbajadi' macam yang biasa ada dijual kat nursery

      Delete
  7. selamat menikmati rasa kelemakan kobis ong king ya... itupun kalau tak disapu oleh siput belalang dulu.. hehe..kobis tu mmg cantik.. buat kailan ikan masin sedap la tu...ehh..ehh..kobis ikan masin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhhhh, dah terliur ni (tengah terbayang ong king tu dah matang). kobis ni saya sorok sikit terlindung, sayang je kalau belalang makan.

      Delete
  8. patch utk tanam herba,menarik tuh. Tapi Lynn takder tempat, letak dlm polisterine L size ok kot, sbb pernah nampak kat nurseri. Dia belasah sumer, lemon basil, thyme, oregano, dill. Nampak cantik jugak kalau campur2 mcm tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lagi satu idea menarik, lemon basil, thyme, oregano, dill, rosemary, kunyit, halia, daun sup...hmmmmmmmmmm :)

      Delete
  9. Bang Mat,
    daun kesum tu nak tanah lembap baru dia hidup subur. Kira tanam style ala-ala kangkung tapi x boleh tanah kering...

    Mungkin boleh cuba tanam dlm bekas DIY yg blh sapot self-watering supaya tanah sentiasa lembap

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut la nak tak nak je hidupnya..hehe tu la masa tengok pasal projek botol recycle tu macam menarik..agak-agak kesum mau ke idup dalam botol..belum cuba belum tau kan. idea bernas tu.

      Delete
  10. Wah cepat je macam-macam ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila macam-macam ada ni la dugaan banyak, tak terkejar nak jaga kena pulak sekarang musim hujan

      Delete