Sunday 21 October 2012

Weekly roundup

hai macam-macam benda nak buat bila tiba hujung minggu, bila la nak berkebun nih..(alasan je, nak ngelat la tu).. so bila ada masa terluang nih, jenguk jenguk le apa yang perlu buat. mostly tabur baja dan buat 'medical check up'  kat pokok-pokok hehee.
kalau keluar berkebun di temani dengan si kecil ni la, asyik nak siram pokok je kejenya.

adoiii..cambahan nasturtium kena cantas dengan siput..dah la satu ni je yang bercambah..eiii geram aku.

bunga matahari berusia 3 minggu yang kurang penjagaan. benih ni disemai semula dari benih bunga matahari yang dikumpul sebelumnya, kira generasi kedua la ni.

Ekor kucing, cats tail..macam ekor kucing ke?

Keembong/balsam cambahan baru. harap-harap mekar lah dikau di musim hujan ni.

Saya lupa nak tagging, ni sayur apa ya??(tu la eksen tak nak tag)

Yang ni tau, banana capsicum dan cili kulai...

Petola ular, mengancam kan, sebelah tu petola ular baru nak bercambah

haaa,,ni la tunas purple kohlrabi..tak sabarnya nak pindah atas tanah.

Yang dok sorang-sorang ni agaknya red romaine (lupa pasal tak tag)

Haaa cosmos, eh bukan ni la ulam raja berbunga pink.

Ni je la dapat dikutip, buat air penghilang dahaga lepas penat berkebun hehe

Aktiviti terkahir hari minggu..emmmm buat tapai. caranya senang je sediakan 1kg beras pulut dengan sebiji ragi, bukan jenis ragi yang besar tau, yang kecil molek je. dah masak pulut tunggu sejuk kikis ragi tu rata kat pulut tu. gaul simpan 2 hari(jangan letak dalam fridge pulak). lepas 2 hari boleh makan, haa nak simpan dalam fridge pon bole, lagi sejuk lagi sedap.

12 comments:

  1. adeh..menunggu benih vine yg x kunjung tiba nih..btw, keembung tuh lynn dah tanam 3 kali, tak sempat membesar dia mati, tak der luck betul..

    ReplyDelete
  2. hehe..sowi..lambat sikit tengah kumpul alamat sebab ada juga yang nak benih vine tu..baru jap tadi beli setem..dalm minggu ni jugak saya kirim ;P

    ReplyDelete
  3. beli ragi kat mana? teringin gak nak buat tapai..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. smRose dok mane? biasa kat pasar basah orang jual sayur atau produk kampung ada jual ragi. tapi kena cakap ragi manis jenis kecik, bukan yang besar tau. selamat mencuba :)

      Delete
  4. rasanya cambahan tu kobis cina ongking atau aka sayur putih kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah yeee, betul... tq shafirul suffian..hehe dah ingat,

      Delete
  5. Thanks ya sudi jenguk blog rojak saya tu..Seronok cuci mata tengok tanaman kat sini..ada resepi tapai pulut lagi..sy seumur hidup x pernah buat tapai..Insya Allah nak try resepi tapai ni..izinkan saya link blog ni ke blog saya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje AZLINA, lagi pun memang bagus meramaikan umat..hehe.. kat sini bukan setakat berkebun, memasak pon ada..try la resipi tu dah buat nanti bagitau sedap ke idak yee.

      Delete
  6. Yang keseorangan tu macam larkspur? Tapi tak pasti kalau tak nampak daun ketiganya.
    Wah macam-macam ada tak lama lagi tak perlu ke pasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan larkspur tapi . masih tak tahu sebab semaian dalam tray ni 70% di kais dengan kucing huhuhu

      Delete
  7. macam-macam anak pokok semai serentak.... :)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan apa, nak macam-macam ada, sebab selalunya kalau semai banyak mana pun yang menjadi mesti 2-3 pokok je

      Delete