Thursday, 19 July 2012

J0m Tengok Bunga Bunga

Antara bunga bunga yang sedang berkembang minggu ini
Keembung/balsam purple close up

Gambar ni nampak dua warna merah purple.

bunga timun. pokok timun tu tak besar pun lagi, tapi dah berbunga???

ketumbar pandangan sisi. naik tinggi

Bunga ketumbar, halus je.

Putik dahlia bulat dan menunduk.

Sambungan dari gambar atas, dahlia dah berkembang (benih dari tanamsendiri.blogspot )
Daun dahlia yang parah diserang. Sapa boleh bagi cadangan untuk elakkan dari macam ni?

28 comments:

  1. cantik dahlia tu...pakai baja apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa pokok nak besar pakai baja tahi ayam je. tapi bila dah nampak putik tak letak baja apa pun.

      Delete
  2. musim bunga di taman mat jon

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenang hati bunga mekar di taman, eheh ;p

      Delete
  3. wahh..cantiknya warna dahlia tu..berapa masa yang diambil dari benih hingga keluar bunga mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula tanam petengahan bulan May, tak ingat berapa haribulan sampai la minggu lepas berbunga, emmm..dekat 2 bulan la ye kot.. ;)

      Delete
  4. jeles tengok dahlia tu..cantiklah. Pokok warna merah n purple tu bunga keembong kan..kalau tanam banyak2 selangseli warna, mesti cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup keembong/balsam. tu la masa dapat benih tu ari banyak, tapi yang bercambah sampai besar 3 pokok jer. lagi satu pokok warna putih. kalau banyak boleh buat selang seli..:(

      Delete
  5. kembang-kembang bunga di taman...saya pun jeles.
    kalau timun dah berbuah share info yea, timun saya bunga je byk tapi buah xde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok timun tu baru panjang sejengkal je pon, tapi dah bunga hmmm..

      Delete
  6. Banyak koleksi bunga di taman kamu! Meriah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. ini pun masih lagi semai beberapa benih bunga ;)

      Delete
  7. Belum pernah tengok keembung warna unggu lagi. Cantiknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. coming soon keembung/balsam warna putih pulak ;)

      Delete
  8. pelik lak tengok bunga timun tu :?
    pokok ketumbar tanam dari benih ye mat jon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pelik jugak pokok timun tu baru sejengkal panjang
      yup semai dari benih, nak tunggu bercambah tu memang berzaman nunggunya..

      Delete
  9. Pokok timun tu stress kut...selalu pokok kalau stress dia cepat berbunga sebab nak hasilkan zuriat cepat. Musim spring kat kebun Mat Jon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun fikir macam tu jugak, sebab baru alih ke atas tanah. lepas 2 minggu pokok dah mula tunjukkan tumbesaran dan sulur paut pun dah keluar mencari tempat untuk berpaut.

      Delete
  10. Aduhai comelnya bunga keembung dan ketumbar tu. Tak lama lagi dapatlah kumpul benihnya :-) Saya belum ada rezeki dengan semua jenis tanaman dalam entry ni, jadi buat masa ni cuci mata di sini dulu lah. Dahlia saya ada benihnya cuma tak semai lagi. Rasa teruja pula nak semai lepas baca entry ni...
    Pasal leaf miner tu saya pun buat yang sama macam Mat Jon, cabut dan buang aja daunnya. Cara lain saya tak tahu pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah seminggu lebih ni masih belum dapat benih lagi. masih tertunggu-tunggu masa yang sesuai. dahlia tu senang jaganya, cuma make sure kalau ada tanda leaf miner tu kena cepat-cepat buang la. tapi bila pokok 'togel' dah buang daun lambat pulak pokok membesar, sabar je la.

      Delete
  11. eh boss, ni bila masuk syawal nanti, masih kembang segar tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la pulak, harap-harap keluar putik baru kembang lagi lah bunga-bunga di taman hehe

      Delete
  12. Assalaamu'alaikum,..salam Ramadhan buat Mat Jon dan visitor lain di blog ini...terimakasih sudah mau berkunjung dan meninggalkan komentar. Meski Mat Jon menyebut diri sebagai pekebun amatur, tetapi in fact...bunga2 koleksinya tumbuh dengan sangat baik. Terutama bunga Dahlia dan bunga Mataharinya sangat cantik!. Ok...selamat berkebun ya...Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, terima kasih sudi 'mampir' blog saya yang tak seberapa ini.

      Delete