Thursday 17 May 2012

Anak pokok keembung

Projek recycle bersambung lagi, pek susu ni diguna semula sebagai bekas untuk anak-anak pokok di sini. Daripada dibuang begitu je baik diguna semula, jimat duit dari beli polybag kan. Kawasan rumah saya memang luas tapi bila hujan je air bertakung, jadi penyelesaiannya saya tanam dalam bekas dulu lah. Di atas tu pokok keembung, bunga nanti tak pasti warna apa tapi yang pasti kebanyakan yang pernah jumpa semuanya warna merah. Ni nanti akan jadi penyeri di laman ini.

2 comments:

  1. bunga balsam ya. saya baru tahu dalam bahasa panggil apa. Elok recycle idea tu.

    P.S. pokok bush bean tu jenis tak menjalar, renek sahaja macam dalam gambar. Kacang buncis ada dua jenis satu climbing/memanjat dan satu renek je. Banyak istilah pakai untuk asingkan 2 jenis kacang buncis ni ikut negara.

    Kacang manjalar/melilit ~ Climbing bean, runner bean or pole bean.

    Kacang buncis pokok renek~ french bean atau bush bean.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh dah faham, banyak lagi saya perlu belajar, terima kasih

      Delete