Wednesday, 30 May 2012

Jom ke kebun ! strolling around


 JOm jalan tengok apa ada. Inilah rupa pokok kacang panjang yang merayap pada pagar di belakang rumah. Berserabut pokok kacang tu, sampai ada yang melilit dengan pokok kacang yang lain pun ada. Saya baru sekali tabur baja pada pokok. Lambat jugak la tunggu berbuah, hampir 3 bulan jugak baru nampak kelibat buah yang ditunggu-tunggu.
 Kailan pula dah berumur 2 bulan lebih hari sikit ;). Saya pun tak pasti, agak agak dah boleh tuai ke kailan ni. Sebab hati ni meronta-ronta je nak potong kailan tu. Sabar je la, hari sabtu ni boleh cari ikan masin nak masak dengan kailan.
Pada batang kailan ni ada kecacatan kelihatan. Saya tak pasti apa puncanya. Teori awal saya tu bekas daun yang terbentuk sebelum ni telah gugur/layu. Jadi tinggal parut pada batang kailan tu.

13 comments:

  1. tengok pokok kacang tu teringat kat kg abah tanam kat batas kolam, kacang tu bagi ikan mkn..nyesal x mintak benih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan pun makan sayur jugak ke heh ;)

      Delete
  2. wahh matjon punya pokok kailan sgt segar...best la tanam menjadi...tq sebb mai folow kami yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohoho, kailan ni memang jaga betul jarang bagi kena panas, ari tu ada la 2 hari tengah panas layu jadinya. ni baru nampak segar dok berteduh.

      Delete
  3. Pokok kacang panjang memang lambat sikit nak produce, 3 bulan tu standard. Nampak sihat pokok tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kadang terkonfius kacang panjang dengan buncis. kalau buncis yang cepat berbuah kan.

      Delete
    2. Buncis yang cepat tapi season harvest dia singkat, kacang panjang lama nak tunggu tapi season harvest dia lama.

      Delete
  4. Bestnya kailan, tuai je daun kailan tu (hasutan dari saya), kalau muda dia manis rasanya. Dah tua macam tak best nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BBBannkaii (tu suara ichigo), akan ku potong sayur kailan ni.

      Delete
    2. betul2.. muda2 ni rasanya manis sikit...

      Delete
    3. dah habis jadi main dish nasi goreng, batangnya pun lembut lagi, lepas ni biar tumbuh sampai berbunga nak tuai benih pulak.

      Delete
  5. wow! Bestnya dah menjadi...

    ReplyDelete