Showing posts with label cekur. Show all posts
Showing posts with label cekur. Show all posts

Monday, 29 October 2012

Hasil..dan lain cerita

Hari ni ada lagi rezeki hasil dari tanaman sendiri, gambaran hati seorang yang bertananam sendiri ni hanya dapat dinikmati orang yang bercucuk tanam. kepuasan bila dapat hasil kan.. tak nak celoteh panjang jom tengok gambar cuci mata ;)
Kobis daun sebesar tapak tangan (alahai gamabar tangan getor)

ni la hasil kobis daun, kobis ni dapat cahaya matahari pagi je, tu yang daun tertutup sendiri, kalau letak tempat panas tak maunya daun tertutup.

pokok cili kulai king, dah berbunga lebat dan rimbun

berapa lama mau tunggu ini Ong King besar, 1 bulan ka, 3 minggu ka, wait n seeee

Anak pokok petola ular yang dah dialih ke tanah dari tray semaian, kira dah 2 minggu ni atas tanah. so far sihat je.

timun jepun pon seusia dengan petola tadi, so far pon ok jerr

Kobis daun ni tanam atas tanah, pagi petang kena cahaya, tu sebab daun tak tertutup tu, kembang je manjang

Gladioli, emmmm yang tengah tu kenapa daunnya jadi camtu, normal ke? sesapa yang ada tanam gladioli ada jadi camni tak??

Siap buat patch untuk tanaman herba, tengah fikir apa yang sesuai, sebab tempat ni dapat cahaya sampai kol 10 je, pastu redup sampai petang, pokok yang tinggi sekali tu pokok temu, sebelahnya kesum nak tak nak je hidup, sebelah lagi cekur yang memang kuat bau aromanya.

Sunday, 20 May 2012

Salad, keratan, herba, bunga dan kitar semula

 Mangkuk styrofoam menjadi medium semaian salad. Salad ni dah sebesar tapak tangan dan tak boleh diletakkan secara terus pada cahaya matahari, kalau kena sinaran pada waktu siang memang layu la jadinya.
 Pandangan atas salad kelihatan kelopak keempat nak keluar, pertumbuhan salad ni semakin sihat selepas saya taburkan baja tinja ayam seminggu sebelumnya.
 Yang ni baru nak besar, baru panjang jari kelingking orang dewasa, yang ni saya baru tabur baja dalam masa seminggu akan membesar macam gambar kat atas tu.
 Keratan chrysanthemum dalam bekas kitar semula, cawan, botol soda semua boleh digunakan semula sebagai bekas semaian. Percubaan pertama keratan 'mums' nih. takut tak jadi sebab pokok induk semua saya dah kerat. Harap-harap pokok induk akan bertunas semula.
 Sebahagian keratan lagi disemai disini, saya menggunakan serbuk penggalak akar (rooting powder) harap harap menjadi le.
 Pokok temu dicelah-celah pokok keledek, walaupun jarang-jarang diberi perhatian pokok ni memang tahan lasak, tambahan pula sepanjang dua minggu ni jarang hujan dan saya pulak tak siram pun pokok ni. hari ni tadi saya bagi la minum, kesian dah berapa hari kering je.
 Cambahan giant sunflower telah dialih kedalam polibag, tak sabar rasanya nak tengok bila besar nanti.
Cambahan pokok marigold dalam polibag yang baru dialihkan juga, dan yang atas ni pokok cekur yang ditanam menggunakan rizomnya. yang ni pun berada di celah-celah pokok keledek. Rizomnya boleh digunakan untuk buat masakan macam gulai cekur pedas ikan keli, atau pun gulai cekur perut lembu. hahaha bukan apa, cekur ni kuat baunya, jadi mana yang tak tahan bau ikan sungai dan perut lembu boleh gunakan cekur dalam masakan untuk menghilangkan bau hamis ikan atau perut lembu nih.