Showing posts with label roselle. Show all posts
Showing posts with label roselle. Show all posts

Sunday, 21 October 2012

Weekly roundup

hai macam-macam benda nak buat bila tiba hujung minggu, bila la nak berkebun nih..(alasan je, nak ngelat la tu).. so bila ada masa terluang nih, jenguk jenguk le apa yang perlu buat. mostly tabur baja dan buat 'medical check up'  kat pokok-pokok hehee.
kalau keluar berkebun di temani dengan si kecil ni la, asyik nak siram pokok je kejenya.

adoiii..cambahan nasturtium kena cantas dengan siput..dah la satu ni je yang bercambah..eiii geram aku.

bunga matahari berusia 3 minggu yang kurang penjagaan. benih ni disemai semula dari benih bunga matahari yang dikumpul sebelumnya, kira generasi kedua la ni.

Ekor kucing, cats tail..macam ekor kucing ke?

Keembong/balsam cambahan baru. harap-harap mekar lah dikau di musim hujan ni.

Saya lupa nak tagging, ni sayur apa ya??(tu la eksen tak nak tag)

Yang ni tau, banana capsicum dan cili kulai...

Petola ular, mengancam kan, sebelah tu petola ular baru nak bercambah

haaa,,ni la tunas purple kohlrabi..tak sabarnya nak pindah atas tanah.

Yang dok sorang-sorang ni agaknya red romaine (lupa pasal tak tag)

Haaa cosmos, eh bukan ni la ulam raja berbunga pink.

Ni je la dapat dikutip, buat air penghilang dahaga lepas penat berkebun hehe

Aktiviti terkahir hari minggu..emmmm buat tapai. caranya senang je sediakan 1kg beras pulut dengan sebiji ragi, bukan jenis ragi yang besar tau, yang kecil molek je. dah masak pulut tunggu sejuk kikis ragi tu rata kat pulut tu. gaul simpan 2 hari(jangan letak dalam fridge pulak). lepas 2 hari boleh makan, haa nak simpan dalam fridge pon bole, lagi sejuk lagi sedap.

Wednesday, 6 June 2012

JOm Tuai ! Lets Harvest - Kacang Panjang, salad, bendi, roselle ! Long bean, salad, okra, roselle

Pagi semalam sebelum pergi kerja saya dah intai-intai apa sayur boleh dituai petangnya nanti. Selak-selak pokok ada pun hasil boleh dituai inilah hasilnya

Udah cecah tanah, tunggu apa lagi petik la mat jon oiii.

Tak sangka panjang juga kacang panjang ni. Lain-lain, salad tuai dari cup recycled, roselle dan bendi yang tak habis habis berbunga dan berbuah. yes.. yes.. yes..

Jadi menu malam tadi nasi goreng kampung bersayur kacang panjang. Abis nasi goreng sambung roti telur dengan salad ni. Ada rasa pahit sikit, agaknya sebab salad ni terdedah pada cahaya matahari terik.

Roselle pulak dah jadi sirap. Reneh lebih kurang 40 minit je sebab tak banyak buah roselle. So petang ni balik kerja boleh minum air ni sejuk sejuk. yes..yes..yes lagi..

Sunday, 27 May 2012

JOm Tuai ! Lets Harvest Roselle

Hasil pertama pokok roselle, akhirnya dapat jugak rasa buah ni. Walau pun tak banyak dapat la satu jag air roselle. Rupanya rasa air roselle ni macam ribena.


Thursday, 10 May 2012

Perkembangan tanaman Keratan (Roselle)

 Hari pertama keratan. Keratan ni saya potong dari pokok induk dan dicelup dengan serbuk penggalak akar yang biasa.



 Tengok la tu bila pokok tu dah cantik sikit ada je tetamu datang jenguk.
Haa ni dia tetamu tak diundang. Saya tak tau apa nama tetamu ni, tapi yang pasti makin lama makin banyak suku sakatnya datang berkampung.

Sunday, 8 April 2012

Kerat, kerat ..kerat lagi dan tanam..

 Keratan stevia dah tiga minggu, dah lentok sikit pokok ni.
 Dua batang cekur manis dan satu ekor kucing..baru tanam dua hari lepas.
 Dua keratan  ekor kucing dalam bekas kitar semula (kotak air susu dan pek susu anak 1kg sayang nak buang)
 Keratan pokok misai kucing. Bertunaslah untuk masa depanmu wahai pokok.
 Misai kucing lagi dalam bekas kotak air kitar semula. Tepi tu semaian pokok cili pun nak enterframe hehe
keratan roselle dengan harapan akan membesar menjadi pokok yang baik dan berbudi kepada penyemainya ;)

Roselle dihurung semut

 Pokok ini antara yg terawal bermastautin di rumah saya. Dah sebulan pokok ni tapi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk membesar.

 Tengok la tu, seronoknya semut semut ni bermaharajalela. Saya belek belek juga, tapi saya tak pasti apa sebenarnya semut ni buat. Macam mana cara untuk halau semut ni. Kalau guna racun serangga bak kata En. Iskandar dari Tanamsendiri tak berbaloi, sebab kita bercucuk tanam untuk kepuasan tanpa bantuan bahan kimia.
Jadi untuk mengelakkan kehilangan pokok induk saya pun buat keratan sebagai langkah berjaga-jaga. Takut pokok induk tadi mati takde la spare pokok. Masih menunggu progress keratan roselle ni.