Showing posts with label keratan. Show all posts
Showing posts with label keratan. Show all posts

Thursday, 1 November 2012

Pokok-pokok yang membesar

Ingat lagi masa mula-mula tanam pokok, diantaranya ada yang ditanam dengan keratan dan ada yang asal dari benih, haaa ni gambar sebelum dan selepas..enjoyy

Pokok ekor kucing asal dari keratan
masih lagi dalam bekas semaian, sambil tu daun pun dah kena ratah.

bila di alihkan keatas tanah mula mengeluarkan cabang dahan dan semakin membesar.
Saya tak pasti pokok apa tapi ada yang bagitau saya ni Bauhinia atau orang panggil pokok bunga Taiwan
Dari biji benih, pokok membesar dan daunnya sebesar tangan, dah ada putik bunga keluar, tak sabarnya

Saya rasa pokok bauhinia ni boleh naik tinggi lagi ni, dah nak hampir sama dengan bunga matahari

Thursday, 14 June 2012

Perkembangan Tanaman Keratan ! Ekor Kucing, Misai Kucing, Kesum dan Cekur manis

Semalam takde apa sangat nak buat, siram pokok belek pokok dan shoot gambar je le. Jadi saya tunjukkan perkembangan tanaman keratan untuk tatapan anda semua.
2 minggu lepas bunganya ciput je macam tangkai yang kat bawah tu, sedar-sedar hari ni dah panjang.

Pandai makan tapi tak pandai buang. Bersepah tinja serangga yang makan daun ni. Sampai sekarang masih tak jumpa yang punya angkara ni.
Maaf off topic. Balsam atau pokok keembung ni bukan dari keratan batang ye, tapi dari semaian benih.

Pandangan hadapan, seingat saya semaian ni betunas dua pokok je. Saya tak pasti mana datang dua anak pokok yang kat depan tu. Macam pokok pisang pulak ada anak pokok tumbuh.
Keratan misai kucing dah berputik. Pokok ni terdedah pada cahaya matahari dari pagi sampai petang. Boleh tahan pokok ni dengan cuaca yang terik sekarang ni.

Pandangan keseluruhan, dan sebelah tepi yang enterframe tu anak pokok cardinal vine.
Keratan pokok kesum. Memang nature pokok ni menjalar ke? Setahu saya pokok ni akan tumbuh menegak, atau tafsiran saya silap ke...
Dua batang keratan cekur manis (panggilan ditempat saya cekur manis) dan astu lagi ekor kucing masih belum keluar putik bunga.
Maaf posting sebelum ni gambar kecik. Baru perasan boleh besar kan gambar. Maklum la buta IT, ni baru nak celik sikit ;)

Sunday, 20 May 2012

Salad, keratan, herba, bunga dan kitar semula

 Mangkuk styrofoam menjadi medium semaian salad. Salad ni dah sebesar tapak tangan dan tak boleh diletakkan secara terus pada cahaya matahari, kalau kena sinaran pada waktu siang memang layu la jadinya.
 Pandangan atas salad kelihatan kelopak keempat nak keluar, pertumbuhan salad ni semakin sihat selepas saya taburkan baja tinja ayam seminggu sebelumnya.
 Yang ni baru nak besar, baru panjang jari kelingking orang dewasa, yang ni saya baru tabur baja dalam masa seminggu akan membesar macam gambar kat atas tu.
 Keratan chrysanthemum dalam bekas kitar semula, cawan, botol soda semua boleh digunakan semula sebagai bekas semaian. Percubaan pertama keratan 'mums' nih. takut tak jadi sebab pokok induk semua saya dah kerat. Harap-harap pokok induk akan bertunas semula.
 Sebahagian keratan lagi disemai disini, saya menggunakan serbuk penggalak akar (rooting powder) harap harap menjadi le.
 Pokok temu dicelah-celah pokok keledek, walaupun jarang-jarang diberi perhatian pokok ni memang tahan lasak, tambahan pula sepanjang dua minggu ni jarang hujan dan saya pulak tak siram pun pokok ni. hari ni tadi saya bagi la minum, kesian dah berapa hari kering je.
 Cambahan giant sunflower telah dialih kedalam polibag, tak sabar rasanya nak tengok bila besar nanti.
Cambahan pokok marigold dalam polibag yang baru dialihkan juga, dan yang atas ni pokok cekur yang ditanam menggunakan rizomnya. yang ni pun berada di celah-celah pokok keledek. Rizomnya boleh digunakan untuk buat masakan macam gulai cekur pedas ikan keli, atau pun gulai cekur perut lembu. hahaha bukan apa, cekur ni kuat baunya, jadi mana yang tak tahan bau ikan sungai dan perut lembu boleh gunakan cekur dalam masakan untuk menghilangkan bau hamis ikan atau perut lembu nih.

Thursday, 17 May 2012

Hari Ibu

Sempena hari ibu ni saya nak beri pokok stevia yang saya biakkan dari dari keratan. Dah lama ibu saya nakkan pokok stevia ni. Akhirnya bila keratan ni dah mula stabil dan sihat saya nak beri pada ibu tercinta.
Cantik tak, lepas ni nak isi dalam polybag, mesti ibu saya suka.

Perkembangan tanaman sayuran


 Kacang buncis dah berbuah, pendek je lebih kurang 25cm. Pokok ni mula mula dulu teruk diserang serangga, jadi saya tak berapa nak jaga sangat. pokok pun tak berapa tinggi kecik je pulak tu, daun dah berlubang-lubang tapi minggu ni ada keluar bunga dan terus berbuah. Syukur sangat walau tak banyak tapi ada hasil. Post akan datang bila saya tuai pulak.
 Tu bunga bendi, yang sebelah pulak bendi kot. Yang ini pun tak berapa jaga sangat tapi pokok memang sihat cuma ada beberapa ekor lalat buah je merayap kat sini.
 Barisan pokok bendi, ada setengah pokok saya tanam terlalu rapat pulak, sayang pulak nak alihkan sebab poko dah besar, takut jadi layu pulak.
 Barisan kacang panjang bermaharajalela pada pagar belakang rumah. Kat bawah tu ada pokok serai.
 Dalam polybag ni pokok kesum ditanam dengan cara keratan. Saya tak pasti kalau daun berwarna keperangan tu disebabkan apa. Kekurangan zat kot, takpun kena alih atas tanah. Nanti saya eksperimen lagi.
Keratan misai kucing pun dah bertangkai tiga, bila dah bayak tangkai nanti boleh le kerat lagi hehehe

Thursday, 10 May 2012

Perkembangan tanaman keratan (cekur manis)

 Hari pertama keratan, kedua-duanya dicelup dengan serbuk penggalak akar dan disebelah yang 'enterframe' tu keratan pokok ekor kucing.
 Yang ni saya tanam dalam bekas nak tengok perbezaan dengan yang ditanam atas laman.
 Tunas sulung 'telah dilahirkan'
Setelah sebulan daun pun banyak, jadi hidangan pun tersedia untuk tetamu tak diundang, habis 'dikokaknya' daun daun tu.

Perkembangan tanaman Keratan (Roselle)

 Hari pertama keratan. Keratan ni saya potong dari pokok induk dan dicelup dengan serbuk penggalak akar yang biasa.



 Tengok la tu bila pokok tu dah cantik sikit ada je tetamu datang jenguk.
Haa ni dia tetamu tak diundang. Saya tak tau apa nama tetamu ni, tapi yang pasti makin lama makin banyak suku sakatnya datang berkampung.

Perkembangan tanaman keratan (ekor kucing)

Berikut adalah perkembangan pertumbuhan dari keratan batang pokok ekor kucing dalam tempoh sebulan
 Hari pertama keratan.



Setelah sebulan dan dialih kedalam bekas yang lebih besar. Daun semakin lebar dan besar dan bunga pun sudah menunjukkan perkembangan macam ekor kucing baru nak tumbuh ;)

Sunday, 8 April 2012

Kerat, kerat ..kerat lagi dan tanam..

 Keratan stevia dah tiga minggu, dah lentok sikit pokok ni.
 Dua batang cekur manis dan satu ekor kucing..baru tanam dua hari lepas.
 Dua keratan  ekor kucing dalam bekas kitar semula (kotak air susu dan pek susu anak 1kg sayang nak buang)
 Keratan pokok misai kucing. Bertunaslah untuk masa depanmu wahai pokok.
 Misai kucing lagi dalam bekas kotak air kitar semula. Tepi tu semaian pokok cili pun nak enterframe hehe
keratan roselle dengan harapan akan membesar menjadi pokok yang baik dan berbudi kepada penyemainya ;)