Cambahan kacang buncis (batang bewarna merah) dan kacang panjang (batang bewarna hijau) pada tray semaian. Dalam masa 3 hari dah naik dalam sejengkal.
Cambahan kacang buncis pada tanah tepi pagar. Yang ini pulak kena tunggu seminggu baru dapat sejengkal tingginya.
Barisan kacang panjang menikmati suria pagi. Kacang panjang ni memang cepat bercambah sebab ikut petua En. Iskandar dari blog tanam sendiri (rendam benih dalam air suam). Lepas tu medium tu saya tanam dengan isi ikan. Tak sampai berapa minit, isi ikan yang ditimbus dihurung semut. Berlubang lubang tanah tu dikorek semut. Nasib baik pokok kacang tak mati.
Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts
Monday, 9 April 2012
Sunday, 8 April 2012
Cerita Bendi
Selepas hampir seminggu benih bendi disemai. Agak lambat bertunas mungkin medium kurang subur.
Selepas 2 minggu dari disemai. Nampak sihat je kan.
Barisan bendi bendi ku beratur satu kumpulan tiga orang hehehe..
Lepas ni boleh asingkan pokok kan. Supaya tidak berebut nutrien sesama sendiri.
Saturday, 7 April 2012
Kangkung, kompos, eh.. kangkung ke tu?
Berjaya pun tanam kangkung. kangkung ni naik cepat betul..mana taknya hampir setiap hari bila petang je hujan. Tempat kompos pun ada, rumput yang dipotong saya tak buang tapi saya buat pile di sudut tepi rumah. Tapi yang peliknya ada satu pokok terjulur dari situ..eh .. kangkung ke tu? Jiran saya cakap tu kangkung, tapi saya was was pulak..jadi saya biarkan je. takut nak makan. yele kot beracun ke..ish..Kalau betul boleh makan dah lama kena rembat buat tumis belacan.
Subscribe to:
Posts (Atom)