Showing posts with label bendi. Show all posts
Showing posts with label bendi. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

Mengumpul benih













Benih bendi, tunggu buah tua dipokok bila merekah baru saya potong buah. Biasanya benih ni warna kelabu kan.

Nampak tak ada buah pecah tu. Ni pokok bunga petunia. bila dah pecah macam tu boleh kutip.

Bila dah dikumpul banyak juga benih petunia ni. benih baka bercampur, ada pink putih dan purple.
Yang ni pulak marigold kuning dan oren. tu bunga yang dah tua, bila nampak macam ada sesungut nak keluar dari bunga tu boleh le petik. Satu bunga boleh dapat banyak benih tu, boleh semai balik benih ni dapat bunga banyak-banyak.

Wednesday, 6 June 2012

JOm Tuai ! Lets Harvest - Kacang Panjang, salad, bendi, roselle ! Long bean, salad, okra, roselle

Pagi semalam sebelum pergi kerja saya dah intai-intai apa sayur boleh dituai petangnya nanti. Selak-selak pokok ada pun hasil boleh dituai inilah hasilnya

Udah cecah tanah, tunggu apa lagi petik la mat jon oiii.

Tak sangka panjang juga kacang panjang ni. Lain-lain, salad tuai dari cup recycled, roselle dan bendi yang tak habis habis berbunga dan berbuah. yes.. yes.. yes..

Jadi menu malam tadi nasi goreng kampung bersayur kacang panjang. Abis nasi goreng sambung roti telur dengan salad ni. Ada rasa pahit sikit, agaknya sebab salad ni terdedah pada cahaya matahari terik.

Roselle pulak dah jadi sirap. Reneh lebih kurang 40 minit je sebab tak banyak buah roselle. So petang ni balik kerja boleh minum air ni sejuk sejuk. yes..yes..yes lagi..

Sunday, 27 May 2012

Bunga kacang panjang dan bendi ! Long bean and okra flower

 Saya baru perasan pokok kacang ni mesti bunga berkembar.
I've noticed long bean have a twin flower.
 Bunga kacang panjang sedang mekar.
Long bean flower blooming.
Nampak tak kacang panjang baru terbentuk sebelah bunga tu.
 There is bean forming next to the flower.
Add caption

Bunga bendi, pertama kali saya lihat dengan lebih dekat dan hasil tangan sendiri. cantikkan. hahaha syok sendiri.

Wednesday, 23 May 2012

JOm menuai - bendi ! Lets harvest Okra


 Saat yang ditunggu tunggu dah tiba. Untuk pertama kalinya acara menuai sayuran yang sudah mengeluarkan hasil sulung di kebun ini. Tak boleh tunggu lama-lama, geram saya tengok buah bendi tu. Saya tak kira nak petik juga walaupun ada yang belum mencapai pembesaran yang ideal. Akhirnya dapatla petik tiga biji nih. Saya satu, orang umah satu dan tuan putri cilik satu buat ulam, memang enak walaupun saya dapat yang besar tu tapi ia masih lembut tidak berserat.

Thursday, 17 May 2012

Perkembangan tanaman sayuran


 Kacang buncis dah berbuah, pendek je lebih kurang 25cm. Pokok ni mula mula dulu teruk diserang serangga, jadi saya tak berapa nak jaga sangat. pokok pun tak berapa tinggi kecik je pulak tu, daun dah berlubang-lubang tapi minggu ni ada keluar bunga dan terus berbuah. Syukur sangat walau tak banyak tapi ada hasil. Post akan datang bila saya tuai pulak.
 Tu bunga bendi, yang sebelah pulak bendi kot. Yang ini pun tak berapa jaga sangat tapi pokok memang sihat cuma ada beberapa ekor lalat buah je merayap kat sini.
 Barisan pokok bendi, ada setengah pokok saya tanam terlalu rapat pulak, sayang pulak nak alihkan sebab poko dah besar, takut jadi layu pulak.
 Barisan kacang panjang bermaharajalela pada pagar belakang rumah. Kat bawah tu ada pokok serai.
 Dalam polybag ni pokok kesum ditanam dengan cara keratan. Saya tak pasti kalau daun berwarna keperangan tu disebabkan apa. Kekurangan zat kot, takpun kena alih atas tanah. Nanti saya eksperimen lagi.
Keratan misai kucing pun dah bertangkai tiga, bila dah bayak tangkai nanti boleh le kerat lagi hehehe

Sunday, 8 April 2012

Cerita Bendi


 Selepas hampir seminggu benih bendi disemai. Agak lambat bertunas mungkin medium kurang subur.
 Selepas 2 minggu dari disemai. Nampak sihat je kan.
 Barisan bendi bendi ku beratur satu kumpulan tiga orang hehehe..
Lepas ni boleh asingkan pokok kan. Supaya tidak berebut nutrien sesama sendiri.