Friday 11 May 2012

Pokok stevia berbunga

 Pokok stevia dalam bekas ni sudah mula berbunga untuk kali kedua. Rupa-rupanya untuk mengelakkan daun stevia layu, bunga stevia perlu dipangkas (info daripada En. Iskandar dari blog tanam sendiri). Masa pertama kali berbunga sebelum tu saya biarkan je, habis keseluruhan pokok layu dan saya sangkakan pokok ni dah mati. Saya biarkan sahaja tetapio lepas beberapa hari pokok mula mengeluarkan daun baru, tapi daun baru ni lebih tirus tidak lebar, macam dalam gambar kat atas tu, kan tirus daun tu.
Ni la bunga stevia, kalau dibiarkan sehingga kering boleh dapat benihnya, tapi benih ni terlampau halus, jadi pokok induk stevia ni saya guna keratan sahaja untuk dibiakkan. Posting akan datang saya akan tunjukkan perkembangan keratan stevia yang saya buat.

6 comments:

  1. Pokok jadi nampak layu sebab menghabiskan banyak tenaganya untuk menghasilkan benih bagi generasi baru (rasanya lah ;-) ).

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye tak ye jugak, habis semua nutrien disalur ke biji benih, tu pasal la pokok layu ;)

      Delete
  2. Mmg ada org kata, nak daun sentiasa segar dan besar, kena cantas buang bunganya. Lagi pun, pokok boleh disemai secara keratan batang, maka rasanya elok juga dibuang sahaja bunga itu supaya pokok sentiasa nampak segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis bunga tu sya cantas, nak ambik buat benih pun halus sesangat, lagi halus dari petunia. sekarang dah mula segar balik

      Delete
  3. masa beli benih petunia dah mcm nak terkeluar biji mata... kalau lebih halus dari benih petunia... cemana la tu agaknya ya... jiran belakang rumah ada tanak stevia.. nampak pokok dia pun dah berbunga... boleh lagi info ni kat dia... terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kena bagitau tu, nanti habis layu stevia jiran tu, tapi jgn risau sangat la sebab lepas tu daun baru keluar.

      Delete