Pandangan atas salad kelihatan kelopak keempat nak keluar, pertumbuhan salad ni semakin sihat selepas saya taburkan baja tinja ayam seminggu sebelumnya.
Yang ni baru nak besar, baru panjang jari kelingking orang dewasa, yang ni saya baru tabur baja dalam masa seminggu akan membesar macam gambar kat atas tu.
Keratan chrysanthemum dalam bekas kitar semula, cawan, botol soda semua boleh digunakan semula sebagai bekas semaian. Percubaan pertama keratan 'mums' nih. takut tak jadi sebab pokok induk semua saya dah kerat. Harap-harap pokok induk akan bertunas semula.
Sebahagian keratan lagi disemai disini, saya menggunakan serbuk penggalak akar (rooting powder) harap harap menjadi le.
Pokok temu dicelah-celah pokok keledek, walaupun jarang-jarang diberi perhatian pokok ni memang tahan lasak, tambahan pula sepanjang dua minggu ni jarang hujan dan saya pulak tak siram pun pokok ni. hari ni tadi saya bagi la minum, kesian dah berapa hari kering je.
Cambahan giant sunflower telah dialih kedalam polibag, tak sabar rasanya nak tengok bila besar nanti.








