Mangkuk styrofoam menjadi medium semaian salad. Salad ni dah sebesar tapak tangan dan tak boleh diletakkan secara terus pada cahaya matahari, kalau kena sinaran pada waktu siang memang layu la jadinya.
Pandangan atas salad kelihatan kelopak keempat nak keluar, pertumbuhan salad ni semakin sihat selepas saya taburkan baja tinja ayam seminggu sebelumnya.
Yang ni baru nak besar, baru panjang jari kelingking orang dewasa, yang ni saya baru tabur baja dalam masa seminggu akan membesar macam gambar kat atas tu.
Keratan chrysanthemum dalam bekas kitar semula, cawan, botol soda semua boleh digunakan semula sebagai bekas semaian. Percubaan pertama keratan 'mums' nih. takut tak jadi sebab pokok induk semua saya dah kerat. Harap-harap pokok induk akan bertunas semula.
Sebahagian keratan lagi disemai disini, saya menggunakan serbuk penggalak akar (rooting powder) harap harap menjadi le.
Pokok temu dicelah-celah pokok keledek, walaupun jarang-jarang diberi perhatian pokok ni memang tahan lasak, tambahan pula sepanjang dua minggu ni jarang hujan dan saya pulak tak siram pun pokok ni. hari ni tadi saya bagi la minum, kesian dah berapa hari kering je.
Cambahan giant sunflower telah dialih kedalam polibag, tak sabar rasanya nak tengok bila besar nanti.
Cambahan pokok marigold dalam polibag yang baru dialihkan juga, dan yang atas ni pokok cekur yang ditanam menggunakan rizomnya. yang ni pun berada di celah-celah pokok keledek. Rizomnya boleh digunakan untuk buat masakan macam gulai cekur pedas ikan keli, atau pun gulai cekur perut lembu. hahaha bukan apa, cekur ni kuat baunya, jadi mana yang tak tahan bau ikan sungai dan perut lembu boleh gunakan cekur dalam masakan untuk menghilangkan bau hamis ikan atau perut lembu nih.