Sunday 20 May 2012

Salad, keratan, herba, bunga dan kitar semula

 Mangkuk styrofoam menjadi medium semaian salad. Salad ni dah sebesar tapak tangan dan tak boleh diletakkan secara terus pada cahaya matahari, kalau kena sinaran pada waktu siang memang layu la jadinya.
 Pandangan atas salad kelihatan kelopak keempat nak keluar, pertumbuhan salad ni semakin sihat selepas saya taburkan baja tinja ayam seminggu sebelumnya.
 Yang ni baru nak besar, baru panjang jari kelingking orang dewasa, yang ni saya baru tabur baja dalam masa seminggu akan membesar macam gambar kat atas tu.
 Keratan chrysanthemum dalam bekas kitar semula, cawan, botol soda semua boleh digunakan semula sebagai bekas semaian. Percubaan pertama keratan 'mums' nih. takut tak jadi sebab pokok induk semua saya dah kerat. Harap-harap pokok induk akan bertunas semula.
 Sebahagian keratan lagi disemai disini, saya menggunakan serbuk penggalak akar (rooting powder) harap harap menjadi le.
 Pokok temu dicelah-celah pokok keledek, walaupun jarang-jarang diberi perhatian pokok ni memang tahan lasak, tambahan pula sepanjang dua minggu ni jarang hujan dan saya pulak tak siram pun pokok ni. hari ni tadi saya bagi la minum, kesian dah berapa hari kering je.
 Cambahan giant sunflower telah dialih kedalam polibag, tak sabar rasanya nak tengok bila besar nanti.
Cambahan pokok marigold dalam polibag yang baru dialihkan juga, dan yang atas ni pokok cekur yang ditanam menggunakan rizomnya. yang ni pun berada di celah-celah pokok keledek. Rizomnya boleh digunakan untuk buat masakan macam gulai cekur pedas ikan keli, atau pun gulai cekur perut lembu. hahaha bukan apa, cekur ni kuat baunya, jadi mana yang tak tahan bau ikan sungai dan perut lembu boleh gunakan cekur dalam masakan untuk menghilangkan bau hamis ikan atau perut lembu nih.

9 comments:

  1. Bagus idea tanam sayur salad dalam cup noodle. Dekat sini banyak kawasan buat veggie swap awal bulan. ramai yang bawa sahaja lettuce mereka yang besar lebih-lebihan tanaman mereka tumbuh dalam cup noodle.

    ReplyDelete
  2. hehe saya nak jadi pioneer kat sini tanam dalam noodle cup

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan :-) Bestnya salad in a cup. Pagi tadi saya minum banana smoothie, saya save cup dia. Lepas tu petang coffee, pun saya simpankan cup tu. Nak buat semaian. Bestnya ada geng...
    Tumpang tanya, tu salad jenis apa ye? Benihnya dapat dari mana?

    ReplyDelete
  4. Dlm cup ha.... boleh copy nih..apa2 yg boleh jimat mesti kena cuba kan..

    ReplyDelete
  5. salam Mama Pongkey..
    salad tu jenis loose leaf iaitu jenis lembut biasanya dalam burger biasa ada salad ni

    lynnhelite..
    memang jimat pun, botol mineral ke, air kotak ke apa yang boleh letak tanah saya guna semula. Terbaru saya guna kotak toner printer guna semula

    ReplyDelete
  6. I love gardening, however i only have little space at home. But after reading and researching I found out that the best solution for this is container gardening, much like what you are doing. I have saved may noodle cups, plastic bottles and even egg cartons for planting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it doesnt matter, when you are gardening there is unlimited solution for having problems. well, the egg carton is the first step and you can start sowing anything you like ;)

      Delete
  7. bestnya salad tu!.... semai terus dalam cup atau macamana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. benih salad tu saya semai dalam tray dulu, dah keluar set daun sebenar baru alih dalam cup tu ;)

      Delete