Thursday, 17 May 2012
Anak pokok keembung
Projek recycle bersambung lagi, pek susu ni diguna semula sebagai bekas untuk anak-anak pokok di sini. Daripada dibuang begitu je baik diguna semula, jimat duit dari beli polybag kan. Kawasan rumah saya memang luas tapi bila hujan je air bertakung, jadi penyelesaiannya saya tanam dalam bekas dulu lah. Di atas tu pokok keembung, bunga nanti tak pasti warna apa tapi yang pasti kebanyakan yang pernah jumpa semuanya warna merah. Ni nanti akan jadi penyeri di laman ini.
Cambahan semaian
Jom kita tengok apa yang bercambah dalam tray semaian
Barisan cambahan Giant Sunflower selepas seminggu 3 hari. Dalam semua semaian hanya 1 je tak menjadi.
Close up Giant Sunflower, haaa nampak dah keluar set daun sebenar, jadi boleh dah di alihkan ke medium yang lebih besar untuk tumbesaran yang sihat. Yang lubang kosong tu saya dah alih awal-awal lagi sebab set daun sebenar dah cukup besar.
Yang ni pulak cambahan dahlia. Ada 3 cambahan yang menjadi dari 5 semaian. Bila set daun sebenar tu dah besar sikit, boleh la dialihkan ke medium yang sesuai.
Yang halus ni pulak cuba teka. Ni la petunia, tak tau la berapa lama lagi nak tunggu sampai besar ni.
Raja segala ulam, ulam raja dah bercambah, lagi seminggu kot boleh alih ni ke singgahsana yang lebih selesa untuk raja ulam nih.
Yang ni agen anti serangga, semua semaian bercambah, cadangnya nak semai lagi banyak tapi benih tak cukup. Ada lima yang bercambah. Ini la marigold, bila besar nanti ni boleh la di alih ke pokok lain sebagai buddy untuk menghalau serangga perosak. Sebab bau bunga dari pokok ni memang serangga tak tahan. Semua benih di atas ni saya dapat dari En. Iskandar dari blog tanamsendiri . so sesiapa yang berminat nak dapatkan benih yang bernas dan berkualiti boleh la melayari blog tanamsendiri.

Friday, 11 May 2012
Pokok stevia berbunga
Pokok stevia dalam bekas ni sudah mula berbunga untuk kali kedua. Rupa-rupanya untuk mengelakkan daun stevia layu, bunga stevia perlu dipangkas (info daripada En. Iskandar dari blog tanam sendiri). Masa pertama kali berbunga sebelum tu saya biarkan je, habis keseluruhan pokok layu dan saya sangkakan pokok ni dah mati. Saya biarkan sahaja tetapio lepas beberapa hari pokok mula mengeluarkan daun baru, tapi daun baru ni lebih tirus tidak lebar, macam dalam gambar kat atas tu, kan tirus daun tu.
Ni la bunga stevia, kalau dibiarkan sehingga kering boleh dapat benihnya, tapi benih ni terlampau halus, jadi pokok induk stevia ni saya guna keratan sahaja untuk dibiakkan. Posting akan datang saya akan tunjukkan perkembangan keratan stevia yang saya buat.

Thursday, 10 May 2012
Sape tau pokok ape ni?
Saya dapat benih ni dari seorang kenalan. Tapi yang bagi benih ni pun tak tau ni pokok ape. Cuma katanya pokok ni berbunga la bukan sayur. Kalau ada sesiapa yang tau tolong ceritakan pokok ape ni.
Perkembangan tanaman keratan (cekur manis)
Hari pertama keratan, kedua-duanya dicelup dengan serbuk penggalak akar dan disebelah yang 'enterframe' tu keratan pokok ekor kucing.
Yang ni saya tanam dalam bekas nak tengok perbezaan dengan yang ditanam atas laman.
Tunas sulung 'telah dilahirkan'
Setelah sebulan daun pun banyak, jadi hidangan pun tersedia untuk tetamu tak diundang, habis 'dikokaknya' daun daun tu.

Perkembangan tanaman Keratan (Roselle)
Hari pertama keratan. Keratan ni saya potong dari pokok induk dan dicelup dengan serbuk penggalak akar yang biasa.
Tengok la tu bila pokok tu dah cantik sikit ada je tetamu datang jenguk.
Haa ni dia tetamu tak diundang. Saya tak tau apa nama tetamu ni, tapi yang pasti makin lama makin banyak suku sakatnya datang berkampung.

Perkembangan tanaman keratan (ekor kucing)
Berikut adalah perkembangan pertumbuhan dari keratan batang pokok ekor kucing dalam tempoh sebulan
Hari pertama keratan.
Setelah sebulan dan dialih kedalam bekas yang lebih besar. Daun semakin lebar dan besar dan bunga pun sudah menunjukkan perkembangan macam ekor kucing baru nak tumbuh ;)

Labels:
cats tail,
ekor kucing,
flower,
keratan,
propagation
Subscribe to:
Posts (Atom)